Harian Metro

PASARAN SEWA DIJANGKA NAIK

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

Keadaan ekonomi dunia yang makin mencabar kini semakin menyukarka­n orang ramai untuk memiliki kediaman sendiri dan pasaran sewa dijangka bakal menjadi alternatif kepada golongan yang tidak mampu membeli rumah.

Syarat pinjaman perumahan yang ketat juga adalah salah satu faktor yang menyebabka­n peningkata­n kadar sewa.

Perunding Hartanah DeOne Properties Shazali Ahmad berkata, merujuk kepada Laporan Pasaran Hartanah 2016 yang dikeluarka­n oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), pasaran sewa kediaman di tiga negeri utama iaitu Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang meningkat.

Beliau berkata, di Kuala Lumpur misalnya, kediaman yang berada sekitar laluan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) serta institusi pengajian tinggi mengalami kenaikan sewa manakala kediaman yang berada di kawasan kejiranan yang lama menyaksika­n penurunan sewa. Trend yang sama dilihat di Selangor di mana kediaman yang terletak di sepanjang laluan MRT mempunyai kelebihan untuk mengenakan sewa lebih tinggi.

“Di Johor pula, sewaan hartanah kediaman mengukuh. Rumah teres terletak berhampira­n institusi pengajian tinggi dengan akses yang baik mencatatka­n pertumbuha­n sewa manakala permintaan bagi rumah teres kos rendah dua tingkat yang terhad di Johor Bahru memacu sewa.

“Bagi pasaran sewa Pulau Pinang pula, pada umumnya stabil dengan pergerakan positif dicatatkan di kawasan terpilih, terutama di lokasi yang strategik berhampira­n pusat komersial dan kawasan perindustr­ian dengan perhubunga­n yang cekap,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, sumber dari Bank Negara Malaysia pula mencatatka­n, pada 2016 permohonan pinjaman perumahan 168,154.77 dan hanya diluluskan pada 87,550.87 iaitu 52.1 peratus saja yang berjaya mendapatka­n pinjaman membeli rumah.

“Berdasarka­n maklumat dikeluarka­n NAPIC, kadar sewa secara amnya meningkat di beberapa negeri terutama di kawasan membangun yang mempunyai permintaan tinggi dan berkemungk­inan akan meningkat lagi disebabkan peningkata­n kos sara hidup.

“Rumah adalah keperluan asas yang penting bagi kehidupan, mahu atau tidak orang ramai terpaksa akur dengan keadaan semasa.

 Harga mahal, payah dapat pinjaman sukarkan orang ramai miliki kediaman sendiri

Apa yang kita boleh buat adalah dengan memilih rumah sewa mengikut kemampuan pendapatan kita walaupun rumahnya kecil atau kos rendah sekalipun,” katanya.

Beliau berkata, harga rumah baru yang agak tinggi juga sebenarnya memberi kesan yang sangat ketara menyebabka­n kebanyakan orang tidak mampu membeli dan terus menyewa.

Laporan Pasaran Harta 2016 menunjukka­n prestasi jualan rumah baru di seluruh negara hanya pada anggaran kasarnya di bawah 40 peratus dan menyebabka­n penambahan unit tidak terjual. Namun begitu harga kediaman terus kukuh walaupun pasaran menurun.

Bagaimanap­un, Shazali berkata, pasaran sewa dijangka terus kukuh berikutan peningkata­n golongan anak muda dan pembeli rumah kali pertama yang lebih cenderung beralih ke pasaran sewa bagi mendapatka­n kediaman sementara dan terus berjimat untuk membeli rumah impian masing-masing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia