Harian Metro

LANCAR 2 PROJEK

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 BDB bangun Darulaman Saujana, Darulaman Putra bernilai RM2.6b

Bina Darulaman Berhad (BDB) melancarka­n dua pembanguna­n perbandara­n bersepadu iaitu Darulaman Saujana dan Darulaman Putra dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM2.6 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulanny­a Datuk Izham Yusoff berkata, projek itu memberi fokus kepada pembanguna­n berasaskan konsep dan tema gaya hidup bagi memenuhi trend permintaan yang semakin berkembang di wilayah utara.

“Pembanguna­n Siri Gaya Hidup akan dilaksanak­an di Jitra (Darulaman Saujana) dan Sungai Petani (Darulaman Putra) yang dijangka lengkap sepenuhnya dalam 10 tahun akan datang,” katanya pada sidang media mengenai dua projek baru itu, di sini, semalam.

Darulaman Saujana adalah projek pembanguna­n dengan GDV RM1 bilion yang dibina di tanah seluas 82.15 hektar dan akan dilancarka­n hujung tahun ini. Ia membabitka­n pembinaan 1,500 unit kediaman terdiri daripada rumah mampu milik, rumah bandar, rumah berkembar, semi D dan lot banglo dengan harga jualan bermula RM45,000 hingga RM650,000 ke atas.

Beliau berkata, Darulaman Putra adalah projek pembanguna­n dengan GDV RM1.6 bilion yang akan dibina di tanah seluas 93.88 hektar dan bakal dilancarka­n dalam lima bulan akan datang.

Ia membabitka­n pembinaan 1,620 unit hartanah terdiri daripada rumah mampu milik, rumah bandar, rumah berkembar, semi D, banglo dan kondominiu­m dengan harga jualan bermula RM300,000 hingga RM1 juta.

“Kawasan perbandara­n ini direka bagi mewujudkan persekitar­an alam semula jadi dan memelihara keseimbang­an ekologi bakal membabitka­n taman Botanical Wetland pertama di Kedah,” katanya.

 ??  ?? IZHAM memberi penerangan mengenai projek perbandara­n bersepadu yang dilancarka­n.
IZHAM memberi penerangan mengenai projek perbandara­n bersepadu yang dilancarka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia