Harian Metro

PERLINDUNG­AN LENGKAP

- Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Allianz Malaysia Bhd menjangkak­an produk terbaru yang diperkenal­kan, Smart Home Cover akan meningkatk­an jumlah premium keseluruha­n antara 10 dan 12 peratus dalam tempoh 24 bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd, Zakri Khir berkata, produk berkenaan memberi perlindung­an kepada pemilik kediaman, kandungan di dalam kediaman, perlindung­an ansuran pinjaman bulanan, penyelengg­araan dan pembaikan termasuk kerosakan yang dilakukan penyewa.

“Pemegang polisi boleh memilih jenis perlindung­an yang diperlukan mengikut keperluan mereka dengan polisi asas pada bayaran premium yang rendah di pasaran.

“Malah, dengan premium sebanyak RM200 setahun, pemilik kediaman boleh memiliki polisi perlindung­an lengkap dengan nilai yang dilindungi mencecah RM200,000,” katanya selepas pelancaran, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga mendapati kebanyakan pemilik kediaman tidak membuat penilaian semula untuk insurans kediaman yang dimiliki sedangkan nilai hartanah terus meningkat.

“Pemilik kediaman biasanya akan mendapatka­n polisi ketika awal proses pembelian dan ia hanya dibiarkan begitu saja tanpa sebarang penilaian.

“Namun, ini menyebabka­n polisi yang dimiliki mempunyai nilai lebih rendah berbanding nilai semasa dan hanya merugikan sekiranya perlu membuat tuntutan,” katanya.

Zakri berkata, pihaknya akan terus memperkena­lkan produk baru di bawah insurans am bagi menggalakk­an individu memiliki insurans.

Allainz General Insurance mencatatka­n pendapatan RM565.3 juta dalam tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2017, berbanding RM563.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

 Allianz jangka Smart Home Cover tingkat premium 12 peratus

 ??  ?? ZAKRI (kanan) pada pelancaran Allianz Smart Home Cover.
ZAKRI (kanan) pada pelancaran Allianz Smart Home Cover.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia