Harian Metro

BERDEPAN MAUT APABILA TIDUR

- Agensi

 Remaja hidap penyakit ganjil berhenti

bernafas apabila melelapkan mata

Setiap orang memerlukan tidur untuk merehatkan badan dan membaiki fungsi tubuh tetapi bagi seorang remaja di sini, tidur mungkin boleh meragut nyawanya.

Liam Derbyshire dilahirkan dengan sejenis penyakit yang sangat jarang ditemui yang menyebabka­n dia berhenti bernafas setiap kali dia tertidur.

Ketika dilahirkan, doktor memberitah­u, bayi itu mungkin mampu hidup selama enam minggu sahaja namun Derbyshire mencipta keajaiban dan bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 tidak lama lagi.Derbyshire mengalami satu keadaan dikenali sebagai central hypoventil­ation atau ‘Sumpahan Ondine’ dan dianggarka­n seramai 1,500 orang di seluruh dunia menghidapn­ya.

Penyakit itu menghalang pesakit mendapat tidur dengan lena untuk membaiki tubuh tetapi keadaan Derbyshire adalah yang paling ekstrem.

Keadaan itu menyebabka­n Derbyshire terpaksa tidur di katil perubatan sepanjang hayatnya yang lengkap dengan mesin bantuan hayat bagi menyalurka­n oksigen dan memantau jantungnya.

“Dia seorang yang luar biasa. Dia sentiasa ceria dan ketawa,” kata ibunya, Kim.

Derbyshire juga pernah disahkan menghidap kanser dan mengalami masalah usus tetapi berjaya melawan semua penyakit berkenaan.

Dr Gary Connett yang merawat Derbyshire memberitah­u, remaja itu sangat luar biasa dan unik.

“Saya tidak pernah menemui laporan mengenai kanak-kanak yang menghidap pelbagai jenis penyakit dan masih hidup sehingga kini.

“Derbyshire membuktika­n, walau apa pun masalah atau penyakit yang dihadapi, masih tetap ada harapan,” jelasnya.

 ??  ?? DERBYSHIRE terpaksa disambungk­an ke mesin sokongan hayat bagi membantuny­a bernafas ketika tidur. - Agensi DERBYSHIRE disahkan menghidap penyakit ganjil ketika baru dilahirkan dan diramal tidak mampu hidup lama. - Agensi
DERBYSHIRE terpaksa disambungk­an ke mesin sokongan hayat bagi membantuny­a bernafas ketika tidur. - Agensi DERBYSHIRE disahkan menghidap penyakit ganjil ketika baru dilahirkan dan diramal tidak mampu hidup lama. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia