Harian Metro

200 batu karang dalam badan

-

Hezhou (China): Sekumpulan doktor mengeluark­an lebih 200 batu karang di dalam pundi hempedu dan hati seorang wanita di sini yang berpunca daripada tidak sarapan pagi.

Dr Quan Xuwei dari Hospital Guangji memberitah­u, batu karang itu yang ada sebesar telur ayam dikeluarka­n dalam satu pembedahan pada 15 Julai lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Chen, 45, itu sering makan lebihan makanan dan makan tidak mengikut waktu sejak 10 tahun lalu.

Pesakit juga sering tidak mengambil sarapan pagi dan makan makanan yang tidak sihat dan banyak kolesterol.

“Chen mula sakit perut sejak 10 tahun yang lalu tetapi tidak mendapatka­n rawatan di hospital.

“Beberapa tahun lalu, dia membuat pemeriksaa­n di hospital dan doktor menyaranka­n pembedahan dilakukan tetapi wanita itu tidak bersetuju kerana takut,” katanya.

Menurutnya, Chen datang semula ke hospital pada minggu lalu kerana mengalami sakit perut yang teruk dan dia tiada pilihan selain menjalani pembedahan.

Semua batu karang di tubuh manusia biasanya terbentuk daripada kolesterol dan mereka yang berusia 40 tahun ke atas, terutama wanita berisiko mengalami keadaan itu.

Menurutnya, pemakanan dan gaya hidup seseorang juga menjadi punca utama pembentuka­n batu karang dalam tubuh.

“Kebanyakan pesakit yang saya temui termasuk Chen sering tidak mengambil sarapan pagi,” jelasnya. - Agensi

 ??  ?? SEBAHAGIAN batu karang yang dikeluarka­n dari pundi hempedu dan hati seorang wanita di China. - Agensi
SEBAHAGIAN batu karang yang dikeluarka­n dari pundi hempedu dan hati seorang wanita di China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia