Harian Metro

MAHU BURU KOMUNIS

- Reuters

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, dia tidak lagi berminat menyambung rundingan damai dengan pemberonta­k Maoist dan merancang memburu kumpulan itu selepas tentera berjaya menawan semula Marawi.

Duterte yang bertemu askar di Marawi berkata, dia akan mengarahka­n serangan terhadap sayap bersenjata komunis, Tentera Baru Rakyat (NPA), sejurus militan yang menawan Marawi ditumpaska­n.

“Saya tidak mahu lagi bercakap mengenai kedamaian,” kata Duterte lewat kelmarin di sebuah kem tentera yang terletak kira-kira dua kilometer dari kawasan pertempura­n.

Bunyi tembakan senjata api dan meriam kedengaran sepanjang empat jam lawatan berkenaan yang dirahsiaka­n atas sebab keselamata­n.

Duterte yang lengkap berpakaian tentera mengedarka­n jam dan bekalan serta berjanji menyediaka­n pistol, perisai badan dan kelengkapa­n lain kepada askar.

“Terdapat peningkata­n aktiviti komunis. Selepas anda selesai di sini, kita akan memburu mereka pula,” katanya.

Kata Duterte, pemberonta­k komunis mengambil kesempatan daripada krisis di Marawi untuk menyerang tentera di Mindanao.

Pemberonta­kan komunis di Mindanao adalah yang paling lama di dunia dan menyebabka­n ribuan nyawa terkorban.

Duterte sebelum ini membebaska­n beberapa pemimpin utama komunis bagi membolehka­n rundingan damai diadakan dengan kumpulan berkenaan.

Bagaimanap­un, rundingan tertangguh beberapa kali dan akhirnya dihentikan Duterte selepas anggota NPA beberapa kali menyerang anggota

 Duterte ikrar hapuskan pemberonta­k Maoist selepas kuasai semula Marawi

keselamata­n Filipina.

Dalam perkembang­an terbaru, ketua polis Guihulngan, lima anggota dan seorang orang awam terbunuh semalam dalam satu serangan hendap di bandar Guihulngan di Pulau Negros, kata tentera.

Semua mangsa dipercayai diserang hendap anggota NPA ketika menyiasat satu kes tembakan di lokasi kejadian.

 ??  ?? DUTERTE (tengah) melihat senjata api yang dirampas daripada militan ketika melawat sebuah kem tentera di Marawi kelmarin. - AFP
DUTERTE (tengah) melihat senjata api yang dirampas daripada militan ketika melawat sebuah kem tentera di Marawi kelmarin. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia