Harian Metro

2 MAUT DIHEMPAP

- Agensi

 Gempa bumi 6.7 magnitud destinasi percutian

di Greece, Turki turut cederakan 100 orang

Dua warga asing terbunuh awal pagi semalam dan lebih 100 cedera di Pulau Kos, Greece apabila gempa bumi menggegark­an destinasi percutian popular Greece dan Turki di Laut Aegean.

Pusat gempa 6.7 magnitud itu ialah kira-kira 10 kilometer ke selatan Bodrum pusat peranginan utama Turki yang menjadi tumpuan pelancong pada musim panas dan 16.2 kilometer ke timur Pulau Kos.

Polis berkata, seorang warga Sweden dan seorang warga Turki terbunuh.

Mayat kedua-dua mangsa yang berusia 27 dan 39 tahun itu ditemui di jalan raya, dihempap oleh tembok sebuah bar yang runtuh atau batu yang jatuh dari rumah lama berhampira­n.

Jurucakap kerajaan Greece, Dimitris Tzanakopou­los berkata, pihak berkuasa menutup lalu lintas di pelabuhan Kos sementara kerosakan di tempat lain tidak teruk.

“Keadaan di pulau berkenaan sudah kembali seperti biasa,” kata Tzanakopou­los kepada wartawan.

Menurutnya, lima mangsa yang cedera teruk diterbangk­an ke sebuah hospital di Pulau Crete.

Gegaran juga dirasakan di Pulau Rhodes. Seorang wartawan AFP di Theologos, kira-kira 30 kilometer dari bandar Rhodes berkata, hotel tempat dia menginap bergegar seperti bot di lautan ketika kejadian itu.

Di Bodrum, pihak berkuasa memindahka­n pesakit di sebuah hospital selepas keretakan dilihat pada bangunanny­a selepas gempa itu.

Gabenor wilayah Mugla, tepat terletakny­a Bodrum berkata, beberapa penduduk cedera selepas mereka terjun dari tingkap kerana cemas.

Turki dan Greece sering dilanda gempa bumi kerana terletak di atas garisan sesar.

Gempa bumi besar berukuran lebih 7.0 magnitud berhampira­n bandar Izmit di Turki pada 17 Ogos 1999 memusnahka­n kawasan itu dan menyebabka­n lebih 17,000 orang mati.

 ??  ?? SEORANG lelaki melihat bot yang rosak di Bodrum, Turki, berikutan
gempa bumi semalam. - AFP
SEORANG lelaki melihat bot yang rosak di Bodrum, Turki, berikutan gempa bumi semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia