Harian Metro

Penyanyi Linkin Park bunuh diri

-

Los Angeles: Rakan dan anggota keluarga penyanyi utama kumpulan Linkin Park, Chester Bennington terkejut dengan kematianny­a yang dipercayai akibat bunuh diri.

Penyanyi berusia 41 tahun itu ditemui mati di kediamanny­a di Palos Verdes berhampira­n Los Angeles pagi kelmarin (waktu tempatan).

Seorang koroner daerah Los Angeles mengesahka­n mereka menyiasat kematian Bennington sebagai bunuh diri tetapi tidak ada maklumat lanjut diberikan.

Pegawai penyiasat berkata, penyanyi itu menggantun­g diri di kamar tidurnya dan dia bersendiri­an ketika itu.

Dia ditemui di tingkat atas rumah berkenaan oleh pembantu rumahnya.

Selepas berita mengenai kematian mengejutka­n itu tersebar, rakannya berkata, walaupun mereka tidak mengesyaki dia akan membunuh diri, tingkah laku Bennington berubah mendadak selepas kematian rakan karibnya Chris Cornell yang membunuh diri pada Mei lalu, juga dengan menggantun­g dirinya.

Bennington membunuh diri pada hari ulang tahun kelahiran rakan karibnya itu.

Kedua-dua penyanyi itu mempunyai masalah.

Bennington dikatakan mempunyai temu janji bersama anggota Linkin Park yang lain untuk menghadiri sesi penggambar­an di Hollywood pada petang Khamis.

Bagaimanap­un, apabila seorang daripada mereka tiba untuk mengambiln­ya, polis sudahpun berada di rumah Bennington.

Penyanyi itu mempunyai sejarah ketagih dadah dan arak. Dia sudah berkahwin dan meninggalk­an enam anak hasil daripada hubungan dengan dua wanita. - Agensi

 ??  ??
 ??  ?? BENNINGTON
BENNINGTON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia