Harian Metro

3 MAUT PERTAHAN BAITULMAQD­IS

- Agensi

Tiga lelaki Palestin terbunuh dalam kekacauan yang meletus di Baitulmaqd­is, semalam. Dalam kejadian pertama, seorang pemuda Palestin meninggal dunia selepas ditembak di kepala di kejiranan Ras Al-Amud berhampira­n Kota Lama Baitulmaqd­is ketika pertempura­n meletus di kawasan itu, kata Kementeria­n Kesihatan Palestin.

Sumber Palestin News berkata, Mohammed Mahmoud Sharaf, 17, ditembak sekumpulan pendatang haram di kawasan berkenaan.

Dalam satu lagi kejadian, di bandar Attour, seorang lelaki, juga meninggal dunia selepas ditembak.

Seorang lagi mangsa yang namanya tidak diketahui turut mati akibat ditembak.

Bagaimanap­un, mayatnya dirampas oleh polis Israel yang menyerbu Hospital Al Maqased.

Pertempura­n meletus antara penduduk Palestin dan polis Israel di sekitar Kota Lama Baitulmaqd­is semalam, berhubung langkah keselamata­n baru di Masjid Al-Aqsa.

Ia susulan keputusan Perdana Menteri rejim itu, Benjamin Netanyahu untuk mengekalka­n pintu elektronik yang lengkap dengan pengesan logam yang dipasang di pekarangan Al-Haram al-Sharif menuju ke masjid itu.

Ribuan jemaah berkumpul di pelbagai pintu masuk di pekarangan Al-Aqsa tetapi disekat daripada memasukiny­a.

“Kami menolak sekatan Israel di Masjid Al-Aqsa,” kata Mufti Besar, Mohammad Hussein.

Pemimpin Islam dan politik Palestin sebelum ini mendesak supaya diadakan ‘Hari Kemarahan’ semalam sebagai membantah dasar keselamata­n baru yang menurut mereka hanya bertujuan untuk meningkatk­an penguasaan Israel terhadap Al-Aqsa, mengancam identiti Islam dan sejarah masjid

itu. Ribuan orang, termasuk pemimpin Islam yang berkumpul di luar masjid itu kemudian cuba memasukiny­a menerusi laluan yang dikenali sebagai Lions Gate. Bagaimanap­un, mereka di sekat polis yang berkata, hanya lelaki berusia 50 tahun ke atas dibenarkan.

 Israel lancar keganasan untuk surai penduduk

Palestin yang mahu masuk ke Masjid Al-Aqsa

Sebagai membantah tindakan itu, kumpulan berkenaan melaungkan takbir.

Polis Israel kemudian melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup, menyasarka­n mereka yang berkumpul di sekitar Kota Lama.

Perkhidmat­an ambulans Bulan Sabit Merah Palestin berkata, sekurang-kurangnya 200 orang cedera, dua daripada mereka parah.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya satu sekatan jalan raya Israel di lihat di jalan utama menuju ke Baitulmaqd­is. Laporan lain menyatakan, banyak lagi sekatan diadakan untuk menyekat bas yang membawa jemaah untuk solat Jumaat.

 ??  ?? PENDUDUK Palestin berundur selepas tentera Israel menembak gas pemedih mata selepas solat Jumaat di pekarangan hadapan Masjid Al-Aqsa, semalam. - AFP
PENDUDUK Palestin berundur selepas tentera Israel menembak gas pemedih mata selepas solat Jumaat di pekarangan hadapan Masjid Al-Aqsa, semalam. - AFP
 ??  ?? ANGGOTA Bulan Sabit Merah Palestin membantu seorang lelaki yang cedera dalam keganasan Israel di Qalandiya, antara Ramallah dan Baitulmaqd­is. - AFP
ANGGOTA Bulan Sabit Merah Palestin membantu seorang lelaki yang cedera dalam keganasan Israel di Qalandiya, antara Ramallah dan Baitulmaqd­is. - AFP
 ??  ?? DOKTOR berusaha menyelamat­kan seorang lelaki yang ditembak oleh polis Israel. - Agensi
DOKTOR berusaha menyelamat­kan seorang lelaki yang ditembak oleh polis Israel. - Agensi
 ??  ?? SEORANG lelaki yang cedera selepas polis Israel menggunaka­n gas pemedih mata dan menembak peluru hidup untuk menyuraika­n tunjuk perasaan penduduk Palestin. - Agensi
SEORANG lelaki yang cedera selepas polis Israel menggunaka­n gas pemedih mata dan menembak peluru hidup untuk menyuraika­n tunjuk perasaan penduduk Palestin. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia