Harian Metro

PAKAR KEWANGAN

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 MSU College tawar diploma perakaunan dengan bimbingan pensyarah berkaliber

Individu yang mengurus dan mengawasi penyediaan kira-kira kewangan selain bertanggun­gjawab menyediaka­n laporan kedudukan kewangan semasa bagi sesebuah syarikat, perniagaan atau organisasi ditakrifka­n sebagai akauntan.

Semua organisasi perniagaan sama ada kecil atau syarikat multinasio­nal memerlukan akauntan bertauliah untuk menyediaka­n akaun syarikat, melaksanak­an audit kewangan, selain merancang dan memberikan perkhidmat­an perakaunan.

Selari permintaan tinggi industri terhadap tenaga kerja berkaitan bidang perakaunan, MSU College menawarkan diploma perakaunan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Vokasional (SPM/SPMV) yang berminat mempelajar­i dan pergi lebih jauh dalam bidang ini.

Sepanjang pengajian, penuntut didedahkan prinsip perakaunan dan audit, teknologi terkini dalam bidang ekonomi, pengurusan, pemasaran, kewangan dan insurans.

Ini menjadikan mereka lebih kompeten mengendali­kan transaksi perakaunan serta mahir memberi khidmat nasihat berkenaan isu yang kompleks untuk membuat keputusan perniagaan.

Program itu turut melengkapk­an penuntut dengan kemahiran teknikal serta teori untuk memahami konsep kewangan dan aktivitiny­a.

Mereka berpeluang mendalami subjek berkaitan seperti ekonomi, teknologi maklumat dan undang-undang perakaunan.

Peluang kerjaya yang cerah menanti mereka di firma perakaunan khusus, perundinga­n, organisasi komersial di pelbagai sektor industri, syarikat korporat dan institusi perbankan.

Mereka yang berminat mengikuti program ini perlu memenuhi syarat kelayakan ditetapkan iaitu lulus SPM/SPMV atau setaraf dengan tiga kredit dalam subjek Matematik, Sains atau memiliki sijil yang diiktiraf.

Di MSU College, penuntut turut didedahkan kurikulum komprehens­if termasuk latihan teori dan praktikal mengikut modul pembelajar­an terkini yang diiktiraf keberkesan­annya selain dibimbing pensyarah yang berkaliber dan berpengala­man luas.

 ??  ?? DALAMI ilmu sebagai akauntan bertauliah di MSU College.
DALAMI ilmu sebagai akauntan bertauliah di MSU College.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia