Harian Metro

JADI CEF BERKALIBER

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Sekolah Hospitalit­i dan Seni Kreatif

MSU tawar program Patisserie Arts

Antara penyumbang utama ekonomi Malaysia dan disenaraik­an sebagai satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) adalah sektor hospitalit­i dan pelanconga­n.

Kerajaan melakukan pelbagai usaha bagi membangunk­an sektor berkenaan melalui Pelan Transforma­si Pelanconga­n Malaysia yang menyasarka­n kedatangan 36 juta pelancong dan menjana pendapatan RM168 bilion pada 2020.

Satu daripada keunikan Malaysia yang menjadi tarikan sektor hospitalit­i dan pelanconga­n ialah kepelbagai­an makanan, kebudayaan, kemudahan pengangkut­an awam, pusat beli-belah serta keramahan rakyatnya.

Potensi itu menyaksika­n Management & Science University (MSU) menerusi Sekolah Hospitalit­i dan

Seni Kreatif (SHCA) menawarkan program Patisserie Arts pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda.

Ia bagi menampung permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang masakan dan penyediaan makanan terutama dalam bidang pastri dan bakeri.

Program itu bakal menjadi landasan terbaik kepada penuntut yang mementingk­an ketelitian, kesempurna­an dan kreatif yang merupakan kombinasi ideal untuk bergelar cef pastri dan bakeri.

Bidang pastri dan bakeri adalah cabang bidang masakan yang memberi tumpuan khusus kepada penyediaan produk makanan seperti pastri, bakeri, coklat, kuih-muih, pemanis mulut, produk dan seni konfeksi serta produk farmentasi.

Selain terbabit dalam pembuatan produk makanan, penuntut turut didedahkan aspek teknikal meliputi tatacara penyediaan, pengurusan, seni dekorasi dan penyelengg­araan makanan.

Mereka juga dilengkapi dengan ilmu berkenaan operasi dapur, pembanguna­n menu, penyediaan dan teknik persembaha­n makanan serta pengurusan makanan dan minuman.

Sebaik menamatkan pengajian, graduan program Pattiserie Arts berpeluang menceburi kerjaya dalam pelbagai industri seperti hotel, resort, kapal persiaran, restoran, katering, perkhidmat­an dan pusat konvensyen. Mereka berpeluang berkhidmat sebagai cef pastri, cef selebriti, penata gaya makanan, tukang roti,

artis, penyelidik dan usahawan.

chocolater,

 ??  ?? MSU menawarkan program Patisserie Arts bagi menampung permintaan tinggi dalam bidang masakan.
MSU menawarkan program Patisserie Arts bagi menampung permintaan tinggi dalam bidang masakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia