Harian Metro

TUGAS BERMULA

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 KL Sports City diserahkan

kepada KBS hari ini

Projek Fasa 1 Bandar Sukan Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Sports City) akan diserahkan kepada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) seperti dijadualka­n, hari ini.

Venue utama yang merangkumi Stadium Nasional Bukit Jalil, Axiata Arena, Pusat Akuatik Nasional dan Stadium Hoki Nasional dijalankan kontraktor utama Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (MRCB).

” “Ya, semua mengikut jadual. Ia penyerahan secara pentadbira­n saja,” jelas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.

Malah projek berkenan turut terpilih sebagai salah satu daripada 17 yang disenarai pendek bagi Festival Seni Bina Dunia 2017, dijadualka­n di Jerman, November nanti.

“Ia pengiktira­fan besar apabila terpilih daripada ratusan penyertaan yang dihantar. Kita perlu menjaganya selepas berakhirny­a KL2017 dengan projek Fasa Dua akan diteruskan selepas itu,” katanya.

Terdahulu beliau hadir melancarka­n Koleksi Terhad KL2017 di antara PETRONAS dan Telekom Malaysia Berhad (TM), membabitka­n barangan seperti jersi, anak patung, botol air, payung dan sebagainya yang bakal dijual di lebih 300 stesen PETRONAS di seluruh negara.

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) turut memperkena­lkan Kad Mesra PETRONAS KL2017 dengan Touch ‘n Go dan PETRONAS Gift Card edisi eksklusif.

Sukan SEA edisi ke-29 dijadualka­n berlangsun­g dari 19 hingga 30 Ogos manakala Sukan Para ASEAN kesembilan, 17 hingga 23 September.

 ??  ??
 ??  ?? SUKARELAWA­N menunjukka­n antara barangan koleksi terhad ketika majlis pelancaran koleksi terhad Sukan SEA.
SUKARELAWA­N menunjukka­n antara barangan koleksi terhad ketika majlis pelancaran koleksi terhad Sukan SEA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia