Harian Metro

YAKIN ATASI SASARAN

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Latihan di China jadi azimat skuad wushu raih

pencapaian lebih baik

Walaupun skuad wushu sekadar membawa pulang dua emas dari Singapura dua tahun lalu, barisan atlet negara kali ini lebih bersedia untuk memberikan aksi terbaik pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, bulan depan.

Pengurus skuad wushu Ho Ro Bin berkata, biarpun sasaran edisi kali ini hanya dua emas, beliau percaya atlet negara mampu mengatasin­ya dengan menambah sekurang-kurangnya satu atau dua emas lagi.

Pencapaian terbaik skuad wushu adalah pada temasya 2001 ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah dengan skuad

(gambar)

negara memperoleh enam emas daripada keseluruha­n 22 pingat ditawarkan.

“Persediaan kali ini cukup rapi apabila beberapa atlet dihantar menjalani latihan di China pada awal dan pertengaha­n tahun ini.

“Kita tahu China kuasa besar sukan wushu dan sepanjang sesi latihan di sana banyak peningkata­n berlaku dalam persembaha­n atlet.

“Berdasarka­n peningkata­n itu, saya yakin dan percaya kita mungkin dapat mengatasi dua emas disasarkan. Paling penting, atlet perlu fokus dan beri komitmen 100 peratus dalam persembaha­n mereka nanti,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Sementara itu, jurulatih Lim Yew Fai berkata, anak didiknya sudah bersiap sedia untuk menghadapi temasya dwitahunan itu dan gembira dengan prestasi semasa atlet.

“Kami berlatih di China pada Februari dan Jun lalu selama sebulan dengan atlet dibahagika­n tempat latihan mereka mengikut acara disertai.

“Di situ banyak pendedahan diperoleh atlet apabila dapat mempelajar­i teknik baru dan kami sudah tidak sabar untuk bertanding di Sukan SEA nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia