Harian Metro

BUKAN BUANG MASA

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Izzuddin tepis tanggapan permainan dalam

talian mengkhayal­kan

Jika bercerita mengenai permainan dalam talian seperti Dota, pasti ramai berpandang­an skeptikal dengan sukan itu kerana lebih banyak dilabel sebagai tidak bermanfaat dan mengkhayal­kan.

Permainan berkonsepk­an perang membabitka­n dua pasukan atau lima pemain itu sememangny­a cukup popular tetapi sering dianggap sesuatu yang negatif.

Namun tidak bagi atlet ragbi 7 sebelah negara Wan Izzuddin Wan Ismail yang cukup menggemari aktiviti itu untuk mengisi masa lapangnya.

Jelas pemain kelahiran Johor Bahru itu, tidak timbul sebarang isu permainan berkenaan tidak bermanfaat atau sebagainya.

Tegasnya asalkan seseorang itu mampu membahagik­an masa dengan betul, segala rutin kehidupan seharian tetap berjalan seperti biasa.

“Saya tak pernah menganggap permainan Dota ini sebagai sesuatu yang negatif.

“Kalau nak kata persepsi seperti itu, adalah tidak adil bagi semua peminat Dota. Saya contohnya melakukan aktiviti harian seperti solat, latihan, penjagaan pemakanan dan tidur seperti biasa.

“Bagi saya yang penting adalah pengurusan masa. Kalau tak uruskan masa dengan baik maka ia akan menjadi negatif,” katanya.

Tambahnya, selain tidak mengganggu rutin seharianny­a, permainan Dota juga banyak membantuny­a berkaitan dengan aktiviti ketika di atas padang.

“Banyak yang saya belajar daripada permainan ini, antaranya ia menjadikan saya lebih bersedia ketika menjalani latihan. Sebab permainan Dota memerlukan seseorang pemain itu untuk lebih agresif,” katanya.

Izzuddin juga tidak menafikan dengan bermain permainan itu, ia dapat menghilang­kan rasa tekanannya sebagai atlet kebangsaan.

“Ini antara aktiviti paling baik untuk saya hilangkan tekanan. Sebab ketika sesi latihan kami semua memang berasa tekanan.

“Anda bayangkan bagaimana kami bertubuh sasa ini perlu juga mempunyai kepantasan ketika bermain ragbi 7 sebelah dan memerlukan sesi latihan yang serius.

“Sebab itu saya katakan tadi dengan bermain Dota, ia dapat melupakan seketika aktiviti latihan setiap hari,” katanya yang sedang mempersiap­kan diri untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur, bulan depan.

Menceritak­an bagaimana dia mula berjinak-jinak de- ngan permainan itu, Izzuddin berkata, semuanya berlaku selepas didorong rakan-rakannya.

“Saya jenis tidak suka tidur siang sebab jika tidur terlalu lama, akan menjadikan diri saya agak ‘lemau’ ketika sesi latihan.

“Jadi bagi mengisi masa lapang sementara menunggu sesi latihan sebelah petang, saya menghabisk­an masa yang ada dengan bermain Dota sekali gus menahan saya daripada tidur,” kata penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.

 ?? Wan Izzuddin Wan Ismail ?? IZZUDDIN tangkas mengekang pergerakan lawan. Bagi saya yang penting adalah pengurusan masa. Kalau tak uruskan masa dengan baik maka ia akan menjadi negatif”
Wan Izzuddin Wan Ismail IZZUDDIN tangkas mengekang pergerakan lawan. Bagi saya yang penting adalah pengurusan masa. Kalau tak uruskan masa dengan baik maka ia akan menjadi negatif”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia