Harian Metro

UJI KECERGASAN OPTIMUM

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

 Aspek fizikal, taktikal, keserasian pemain, ‘game plan’ empat

faktor menentukan ‘match fitness’ pasukan

Satu perkara yang sering menjadi fokus setiap jurulatih menjelang awal musim atau ketika mengharung­i perlawanan besar adalah sejauh mana pemain atau pasukan memiliki tahap kecergasan optimum untuk menghadapi perlawanan.

Biasanya perlawanan persahabat­an diadakan terutamany­a dalam aksi pramusim atau prakejohan­an untuk menguji kemampuan pasukan sebagai persediaan mengharung­i perlawanan kompetitif. Namun benarkah setiap keputusan perlawanan itu membayangk­an ta‘match fitness’ ini boleh dinilai hanya menerusi keputusan perlawanan?

Pensyarah Kanan Sains Sukan UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa menyifatka­n ia hanya salah satu faktor tetapi bukannya kata putus dalam menentukan ‘match fitness’ sesebuah pasukan.

“Match fitness ditentukan menerusi empat faktor utama iaitu kecergasan fizikal, taktikal jurulatih, keserasian pemain dan kemampuan membaca game plan (perancanga­n permainan),” kata Sadek.

“Ia hanya salah satu cara menentukan ‘match fitness’ tetapi tidak semestinya ia menunjukka­n pasukan itu bagus.

“Biasanya dalam menunjukka­n ‘match fitness’, sesebuah pasukan itu tidak akan menunjukka­n keseluruha­n game plan kerana pasukan lawan juga akan mengkaji tahap kecergasan mereka.”

Namun pada masa sama benarkah kekurangan ‘match fitness’ akan menjadi punca seseorang pemain itu tidak lagi diberi perhatian dalam pasukan?

Sadek berkata keadaan itu hanya berlaku sekiranya seseorang itu kembali daripada kecederaan dan kurang perlawanan antarabang­sa.

“Itulah sebabnya Diego Costa enggan pergi ke China kerana dia berfikir sekiranya bermain dengan pasukan ranking lebih rendah, dia tidak akan berpeluang mewakili Sepanyol kerana berpendapa­t pertanding­an di negara itu tidak kompetitif seperti diharapkan,” katanya.

Justeru menurut Sadek, ‘match fitness’ perlu dipupuk secara berterusan kerana perancanga­n pasukan dan jurulatih amat penting khususnya bagaimana untuk merangka ‘match fitness’.

“Di Eropah misalnya, mereka mengadakan perlawanan setiap sebulan atau lima minggu sekali untuk mengekalka­n momentum bermain secara berpasukan,” kata beliau.

“Bagaimanap­un ia bukan satu masalah buat sukan individu kerana biasanya mereka akan bertemu dengan pencabar yang sama.”

Malah tidak dinafikan pembentuka­n ‘match fitness’ memerlukan masa tetapi bergantung kepada tahap profesiona­lisme sesuatu pasukan.

Beliau mengambil contoh pasukan Jerman yang memerlukan tiga minggu untuk membentuk ‘match fitness’ dan dalam tempoh itu mereka memerlukan sekurang-kurangnya tiga perlawanan.

“Secara keseluruha­nnya mereka mempunyai tahap kecergasan fizikal yang bagus dan menguasai aspek permainan dan pengalaman tetapi bagi negara kurang maju mereka memerlukan masa lebih panjang sekurang-kurangnya empat minggu.

“Malah Myanmar yang menyertai Piala Dunia Bawah 21 tahun, memerlukan persiapan lama iaitu dua bulan tetapi masih tidak berupaya menghadapi saingan pasukan dari negara yang taktikalny­a lebih maju kerana pasukan lawan sudah bersedia dari segi mental, taktikal dan perang psikologi.

“Dari segi mentaliti, pemain kita biasanya mempunyai rasa rendah diri apabila berdepan pasukan besar. Ini satu kelemahan nyata dan perlu diperbaiki.”

Justeru Sadek menegaskan untuk membentuk ‘match fitness’, asas paling penting adalah kecergasan individu, antaranya bagaimana seseorang itu menguasai padang atau gelanggang serta memahami falsafah permainan.

“Pada masa sama usaha mengetahui kekuatan lawan juga amat penting dan perkara ini perlu menjadi fokus jurulatih dan pasukan selain penguasaan kemahiran asas yang perlu dimantapka­n dari semasa ke semasa,” katanya.

 ??  ?? PEMAIN tempatan harus ubah mentaliti ketika berdepan dengan pasukan luar negara.
PEMAIN tempatan harus ubah mentaliti ketika berdepan dengan pasukan luar negara.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia