Harian Metro

Kim, Roddick disenaraik­an dalam Dewan Kemasyhura­n

-

Washington: Bekas pemain nombor satu dunia dan juara Grand Slam Kim Clijsters serta Andy Roddick muncul antara lima pemain yang akan disenaraik­an ke dalam Dewan Kemasyhura­n Tenis Antarabang­sa.

Nama yang akan menyertai mereka ialah juara acara tenis berkerusi roda dari Belanda Monique Kalkman-van den Bosch, wartawan serta ahli sejarah tenis Steve Flink dan mendiang Vic Braden - jurulatih tenis yang meninggal pada usia 85 tahun, tiga tahun lalu.

Bintang Belgium Kim, 34, memenangi Terbuka AS 2005, 2009 dan 2010 serta Terbuka Australia 2011. Dia menduduki tangga teratas dunia selama 19 minggu dan mencatat karier WTA 523-127. Dia juga pernah memenangi 41 gelaran WTA sebelum bersara pada 2012.

“Saya gembira menerima penghormat­an ini,” kata Kim. “Ia adalah penghormat­an terbesar dan nama saya berada bersama bintang tenis yang sangat saya hormati

(gambar)

sejak kecil.”

Roddick, 34, pula menduduki tangga teratas dunia selama 13 minggu. Dia menang gelaran Grand Slam pada Terbuka AS 2003, tewas empat final Slam di tangan Roger Federer. Dia bersara selepas Terbuka AS 2012 dengan 32 gelaran ATP serta memiliki rekod 612-213.

“Ia sesuatu yang sangat istimewa,” kata Roddick. “Saya sukakan sukan ini dan saya gembira dapat menjadi sebahagian daripadany­a. Saya lebih gembira apabila mendapat tahu kehadiran saya di dalam sukan ini menjadi antara catatan sejarah dan saya seronok mendapat penghormat­an ini.”

Kalkman-van den Bosch dikesan mengidap kanser pada usia 14 tahun dan lumpuh. Dia memenangi emas paralimpik 1984 dalam acara ping pong sebelum beralih ke tenis berkerusi roda dan memenangi tiga lagi gelaran sebelum muncul pemain wanita pertama yang memenangi emas paralimpik menerusi dua acara berbeza. - Reuters

 ??  ?? KIM
KIM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia