Harian Metro

Gerina langkah kanan

-

Ohio: Gerina Piller mencatat lapan di bawah 63 untuk mendahului dengan kelebihan satu pukulan berbanding juara Terbuka Wanita AS Park Sung-hyun dari Korea Selatan serta Peiyun Chien dari Taiwan di Kejohanan Klasik Marathon, semalam.

Park, 23, yang memenangi kejuaraan utama pertamanya di Lapangan Kebangsaan Trump di New Jersey minggu lalu, meneruskan kecemerlan­gan dengan tujuh birdie di Lapangan Kelab Golf Highland Meadows di Sylvania, Ohio.

“Saya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan,” kata Park. “Ia permulaan yang baik selepas menjuarai kejohanan utama ... Saya perlu menumpukan lebih perhatian di kejohanan ini dan melupakan seketika kegembiraa­n selepas bergelar

(gambar)

juara minggu lalu.”

Park sedang berusaha muncul pemain pertama yang memenangi Terbuka Wanita AS dan kejohanan selepas itu sejak Meg Mallon melakukann­ya pada 2004.

Gerina yang mencatat keputusan terbaik di tangga keempat di Kejohanan Klasik Pure Silk Bahamas tahun ini, membenam sembilan birdie serta satu bogey.

“Saya mencatat tiga birdie di tiga lubang pertama dan ia satu petanda baik,” kata Gerina.

Pemain AS berusia 32 tahun itu yang masih belum pernah memenangi gelaran di Jelajah LPGA, memulakan aksi dengan empat birdie di lima lubang pertama.

Sementara itu, 64 pukulan yang dilakukan Peiyun adalah catatan terendahny­a sepanjang kariernya di LPGA. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia