Harian Metro

BAYANGAN TROFI J

- AFP

uara bertahan Mexico merebut slot terakhir ke separuh akhir Piala Emas CONCACAF selepas menang 1-0 ke atas Honduras pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Universiti Phoenix.

Rodolfo Pizarro menjaringk­an gol tunggal perlawanan di minit ke-9 selepas menerima hantaran rakan sepasukan sekali gus mencerahka­n peluang Mexico untuk memenangi kejohanan buat kali kelapan.

Orbelin Pineda menjana gerakan menghasilk­an gol di sebelah kanan sebelum membuat hantaran kepada Jesus Duenas yang melintangk­an bola di depan gawang Honduras untuk memudahkan Pizarro melengkapk­an kemenangan.

Lawan Mexico di separuh akhir ialah Jamaica - pasukan yang ditemui pada final edisi 2015. Kedua-dua pasukan pernah bertemu di peringkat kumpulan dan berkesudah­an seri tanpa jaringan.

Mexico dan Jamaica akan mengharung­i separuh akhir di Rose Bowl, Pasadena, California.

 Gol Pizarro lonjak juara bertahan Mexico atasi Honduras

Amerika Syarikat dan Costa Rica pula akan bertembung dalam satu lagi separuh akhir di Stadium AT&T di Dallas, Texas.

Honduras tersingkir daripada saingan Piala Emas selepas gagal menjaringk­an gol sepanjang empat perlawanan. Satu-satunya kemenangan mereka ialah mengatasi French Guiana yang dibatalkan penyertaan kerana menurunkan pemain tidak berdaftar.

Mexico tetap ke separuh akhir walaupun menurunkan pasukan kedua yang hanya disertai seorang pemain yang pernah beraksi di Piala Konfederas­i.

Kemenangan ke atas Honduras menyaksika­n Mexico kini melakar 10 perlawanan Piala Emas tanpa kalah.

Mexico berpeluang menambah jaringan tetapi cubaan penyerang mereka sering berjaya disekat pertahanan Honduras yang mengamalka­n corak permainan bertahan.

Honduras hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-93 menerusi sepakan percuma tetapi rembatan pemain mereka tersasar.

Jurulatih Honduras Jorge Luis Pinto berkata, beliau tetap bangga dengan persembaha­n anak buahnya.

“Saya tidak gembira dengan keputusan tetapi permainan anak buah saya tetap membanggak­an,” kata Pinto. “Kami mencuri tumpuan di Piala Emas menerusi sikap pemain walaupun kami tidak menjaringk­an gol.”

Terdahulu, jaringan pada setiap babak menerusi Shaun Francis dan Romario Williams memastikan kemenangan ‘Reggae Boyz.’

“Ia bukan mudah,” kata penjaga gol Jamaica Andre Blake. “Kanada sebuah pasukan yang bagus. Selepas kami memperoleh gol kedua, saya rasa kami agak leka. Mereka merapatkan kedudukan. Kami berjaya bangkit dan memenangi perlawanan.”

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Mexico Jesus Duenas (kanan) dihalang pemain Honduras pada aksi separuh akhir Piala Emas CONCACAF, semalam.
PEMAIN Mexico Jesus Duenas (kanan) dihalang pemain Honduras pada aksi separuh akhir Piala Emas CONCACAF, semalam.
 ??  ?? PIZARRO (kiri) dan Erick Torres meraikan kemenangan Mexico.
PIZARRO (kiri) dan Erick Torres meraikan kemenangan Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia