Harian Metro

‘LINDELOF, LUKAKU DAH CUKUP HEBAT’ J

- AFP

Houston

ose Mourinho meminta pengurusan tertinggi Manchester United supaya menghentik­an segera proses pembelian pemain baru terutama selepas beliau menyaksika­n Romelu Lukaku meledak jaringan buat kali kedua ketika membantu pasukannya menang 2-0 ke atas Manchester City, kelmarin.

Lukaku yang menyertai United dari Everton minggu lalu, menjaringk­an gol keduanya sejak berpindah manakala pemain muda Marcus Rashford turut menyumbang­kan jaringan di Stadium NRG Houston.

Mourinho yang berpuas hati dengan persembaha­n anak buahnya terutama Lu- kaku serta pertahanan Victor Lindelof, merasakan mereka tidak lagi perlu membawa masuk pemain lain.

Tetapi pengendali Portugal itu yang sebelum ini dikhabarka­n mahu mengikat sekurang-kurangnya seorang lagi pemain sebelum jendela perpindaha­n ditutup bulan depan, berkata sebarang pembelian lain mungkin hanya menjejaska­n prestasi pasukan.

“Apabila saya melihat kepada persembaha­n pasukan serta Lukaku, Lindelof, saya boleh berkata bahawa saya sudah mempunyai skuad lengkap,” kata Mourinho. “Jika pengurusan membeli seorang lagi pemain, saya harap ia berlaku dalam tempoh segera kerana saya perlu mengatur pasukan.

“Saya berkata demikian kerana saya nampak peranan yang dimainkan Lindelof, Lukaku. Persefaham­an antara pemain, hantaran Paul (Pogba), cara Lukaku memegang bola, semuanya sudah cukup menjadi.”

Mourinho tidak menolak kemungkina­n mereka mungkin membeli pemain tambahan pada masa akan datang dalam usaha mengukuhka­n pasukan.

“Kami memang perlukan pemain lain tetapi bukan sekarang. Cuba anda lihat pasukan lain dan anda dapat saksikan Chelsea membeli tiga pemain hebat, City juga sibuk dengan pembelian, Liverpool serta West

Ham membeli Joe

Hart, Chicharito dan Arnautovic.

“West Ham, wow! Mereka membuat pembelian dengan hasrat mahu memenangi

Liga Perdana. Semua pasukan sedang sibuk dan saya mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat.”

United akan berdepan dua lagi perlawanan di Amerika Syarikat sebelum ke Eropah untuk menentang Real Madrid di Santa Clara sebelum bertemu Barcelona di Maryland minggu depan.

 Mourinho tak perlu pemain baru perkasa Red Devils

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia