Harian Metro

Cahill pilihan tepat kemudi Chelsea

-

London: Pertahanan kiri Manchester City Aleksandar Kolarov sudah semakin hampir untuk berpindah ke kelab Serie A AS Roma, kata pengurus Blues Pep Guardiola.

Pemain antarabang­sa Serbia itu tidak bermain ketika pasukannya tewas di tangan Manchester United pada perlawanan persahabat­an di Houston dan bekas pengurus Barcelona Guardiola berkata beliau tidak akan menghalang pemergian Kolarov.

“Saya tidak suka bekerja dengan pemain yang tidak mahu bermain di sini.

Dia berpeluang untuk berpindah ke Roma,” kata pengendali tidak bersama,” kata Klopp.

“Ada beberapa perlawanan yang dia tidak beraksi dan apabila dia kembali, dia memerlukan sedikit masa untuk menemui semula rentak.

“Anda pasti mahu menurunkan pemain seperti Phil apabila dia berada pada tahap terbaiknya.” - Reuters London: Pertahanan tengah David Luiz menjangkak­an Gary Cahill bakal mengambil tempat John Terry selaku kapten Chelsea dan berkata dia sedia untuk berganding bahu dengan sesiapa saja yang dipilih menjawat tugas berkenaan.

Selepas bergelar kapten selama 13 tahun, Terry berpindah ke Aston Villa awal bulan ini dan Cahill disebut-sebut mengisi kekosongan yang ditinggalk­an pemain senior terbabit.

Luiz yang pernah mengetuai skuad Brazil dalam beberapa perlawanan, berkata dia lebih suka bertindak selaku pemain sokongan dan tidak terlalu memikirkan soal jawatan sebagai kapten.

“Saya rasa ia akan dipegang oleh Gary, siapa lagi?” kata Luiz. “Ia sebenarnya bukan soal jawatan semata-mata tetapi ia adalah mengenai kepimpinan anda, disiplin dan cara anda membantu pasukan.

“Saya pernah memegang jawatan itu di sini dan saya akan terus membantu. Saya tidak nafikan bahawa saya sukakan jawatan itu. Saya pernah menjadi kapten paling muda dalam sejarah Benfica.

“Apabila anda bermain untuk kelab besar, anda perlu sentiasa bertanggun­gjawab. Ia hanyalah soal biasa.”

Selaku juara Liga Perdana, Chelsea akan kembali bermain di Liga Juara-Juara selepas tidak berbuat demikian musim lalu dan pemain berusia 30 tahun itu berkata, mereka perlu berusaha untuk memenangi apa saja pertanding­an musim depan.

“Kami perlu lebih baik berbanding musim lalu jika kami mahu mempertaha­nkan kejuaraan serta cemerlang di Eropah,” katanya.

“Apabila anda bermain untuk pasukan besar, anda perlu mempunyai cita-cita sebegitu. Chelsea sebuah pasukan besar dan kami mahu berjuang dalam setiap pertanding­an.”

- AFP

>>Barcelona dikatakan membuat bidaan RM390.3 juta untuk mendapatka­n Coutinho

 ?? Juergen Klopp ?? COUNTINHO aset Liverpool. LUKAKU ledak gol buat United ketika menentang Manchester City, kelmarin. Phil seorang pemain yang sangat penting buat kami, tetapi kami perlu memastikan bahawa kami mampu bermain lebih baik apabila dia tidak bersama”
CAHILL
Juergen Klopp COUNTINHO aset Liverpool. LUKAKU ledak gol buat United ketika menentang Manchester City, kelmarin. Phil seorang pemain yang sangat penting buat kami, tetapi kami perlu memastikan bahawa kami mampu bermain lebih baik apabila dia tidak bersama” CAHILL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia