Harian Metro

Reds tak akan jual Countinho

-

Hong Kong: Juergen Klopp tegas mengatakan bahawa Liverpool tidak akan melepaskan pemain terbaik mereka dan kenyataan itu hadir selepas spekulasi mengenai perpindaha­n pemain tengah Philippe Coutinho ke Barcelona semakin hangat kedengaran.

Kelab gergasi Sepanyol itu dipercayai membuat bidaan sebanyak £70 juta (RM390.3 juta) untuk mendapatka­n pemain Brazil itu.

“Saya kagum apabila ada kelab besar yang mahukan pemain saya, tetapi ia bukan khabar yang menggembir­akan,” katanya. “Saya tidak bermaksud kami tidak memerlukan berita begitu dan bukan sesuatu yang menghairan­kan apabila orang berkata bahawa Liverpool mempunyai beberapa pemain hebat.

“Tetapi, kami mempunyai mesej buat semua kelab yang mahukan pemain kami. Kelab ini tidak akan menjual pemain utama mereka. Itu saja.

“Kami percaya bahawa kami sudah semakin mantap bersama, kami membangun bersama dan kami masih lagi mahu bekerjasam­a. Kami mahu terus ke peringkat lebih tinggi secara bersama-sama dan itulah sebabnya mengapa kami perlu kekal begini.”

Coutinho menjadi antara tonggak utama Liverpool musim lalu yang menyaksika­n skuad kendalian Klopp itu memberi saingan sengit untuk menjuarai Liga Perdana sebelum tergelinci­r ke tangga keempat dan layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara.

Bagaimanap­un, Klopp masih lagi mengharapk­an kepada pemain berusia 25 tahun itu untuk membawa Liverpool menjuarai Liga Perdana buat kali pertama sejak 1990.

“Phil seorang pemain yang sangat penting buat kami, tetapi kami perlu memastikan bahawa kami mampu bermain lebih baik apabila dia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia