Harian Metro

SELANGOR PERLU LEBIH GARANG Usah rendah diri

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Pemain Selangor dituntut melipat gandakan usaha ketika melayan kunjungan Kelantan dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang malam ini.

Jelas pengendali pasukan P Maniam, biarpun anak buahnya melakukan kejutan ke atas skuad Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada aksi peringkat kumpulan Piala Malaysia Selasa lalu, beliau mengingatk­an pemainnya untuk tidak memandang mudah kemampuan The Red Warriors itu.

“Kelantan bukan lawan mudah dan kejayaan menewaskan pasukan terbaik

Kota Bharu: Pasukan Kelantan digesa jangan terlalu merendah diri, sebaliknya, perlu bangkit serta elakkan daripada dilanyak Selangor malam ini.

Gesaan itu dibuat ketua jurulatihn­ya, Zahasmi Ismail dalam usaha untuk menaikkan semangat pemainnya sebelum berdepan skuad bimbingan P Maniam

seperti Kedah menunjukka­n mereka bukan calang-calang pasukan.

“Apa yang saya lihat permainan mereka teratur dan memiliki pemain import baik terutama Abou Bakr dan Alessandro Celin, selain itu.

“Kami hormat kekuatan Selangor kerana mereka ada Amri (Yahyah) yang sudah kembali menemui sentuhan, selain larian pantas pemain import Andik (Vermansyah).

“Saya harap pemain dapat kekalkan fokus kerana kita tidak boleh keciciran mata dalam perlawanan ini," katanya.

jentera tengah mantap.

“Keyakinan mereka juga sudah pasti pada tahap terbaik dan kita kena lebih fokus atau bersungguh-sungguh berbanding ketika berdepan Johor DT,” katanya, semalam.

Menurutnya prestasi mengagumka­n Amri Yahyah ketika ini diharapkan dapat membantu skuad Red Giants terus mengutip tiga mata bagi memperbaik­i kedudukan carta Liga Super.

“Amri beraksi cukup baik dan berjaya menjaringk­an dua gol ketika kami menang 3-2 ke atas Johor DT sebelum ini. Tapi saya tidak mahu memberi tekanan kepada dia untuk terus meledak gol lagi nanti.

“Apa yang lebih penting dia mampu membantu pemain lain dan dia sekarang ini beraksi di posisi tengah,” katanya.

Sementara itu, khidmat awang import dari Sepanyol Rufino Segovia terpaksa dilupakan susulan masalah kecederaan hamstring yang masih belum pulih sepenuhnya.

 Maniam mahu pemain waspada dengan Abou Bakr, Celin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia