Harian Metro

Jentera serangan perlu pamer ketajaman

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Ketajaman jentera serangan perlu diberi keutamaan Pahang apabila melayan kunjungan Melaka United di Stadium Darul Makmur malam ini.

Prestasi tidak menentu dipersemba­hkan skuad bimbingan Dollah Salleh terutama pada aksi Piala Malaysia tanpa sebarang kemenangan daripada tiga perlawanan membuktika­n skuad Tok Gajah perlu bangkit.

Begitu juga kerapuhan di bahagian pertahanan yang perlu dipertingk­atkan dari segi kekebalan untuk memastikan Melaka pulang hampa tanpa mata.

Justeru, jurulatih Pahang Dollah Salleh yang mengharapk­an skuadnya tampil lebih kemas dan tersusun terutama dalam memastikan tiga mata tidak terlepas.

Katanya, prestasi tidak konsisten tidak boleh lagi

Biarpun sedikit tempang tanpa kehadiran dua tonggak import Maiga Abdoulaye Youssouf dan Mamadou Samassa, jurulatih T-Team Rahmad Darmawan tetap tenang melayani kunjungan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.

Malah jurulatih kelahiran Indonesia itu menyatakan pemainnya tidak pernah gentar dengan reputasi skuad Harimau Selatan itu sebaliknya sudah bersedia untuk melemaskan pasukan itu.

“Ketiadaan Maiga kerana digantung satu perlawanan dan Samassa yang sah tidak dapat beraksi dalam baki musim ini kerana kecederaan ligamen kami begitu dirasai kerana kedua-dua pemain ini tonggak bahagian pertahanan dan tengah,” katanya. berterusan jika mahu berada pada prestasi terbaik kerana semua pasukan mengejar kedudukan terbaik liga.

“Oleh itu saya harap mereka (pemain) segera bangkit dengan beraksi lebih baik bagi memenangi perlawanan itu,” katanya semalam.

Sementara itu, pemain tengah Pahang Nor Azam Azih mahu pasukannya kembali berada pada kedudukan terbaik dalam liga.

“Prestasi kurang meyakinkan dalam Piala Malaysia diharap tidak terbawa ke liga kerana kami perlu mendapat rentak seperti sebelum liga berehat,” katanya.

 Walau tanpa dua tonggak import T-Team enggan menyerah sebelum melawan

 ??  ?? PEMAIN T-Team Md Hassan Basri (kiri) diasak pemain Pahang Sumareh Mohamadou pada perlawanan peringkat Kumpulan Piala Malaysia.
PEMAIN T-Team Md Hassan Basri (kiri) diasak pemain Pahang Sumareh Mohamadou pada perlawanan peringkat Kumpulan Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia