Harian Metro

Lagu ‘tangkap leleh’ masih ‘menangkap’

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Ada dakwa sekat pasaran penyanyi tampil dengan muzik lebih segar

Lagu era 1990-an sememangny­a cukup berhantu dan sehingga kini meninggalk­an impak. Kebanyakan­nya disebut sebagai ‘tangkap leleh’ dan lagu mendayu sebegitu pantas menangkap halwa telinga pendengar.

Tahun lalu dunia nyanyian menyaksika­n kebangkita­n semula jenis lagu sebegitu, namun mengejutka­n kebanyakan­nya datang dari pada penyanyi remaja.

Bahkan, muka baru seperti Aiman Tino, Khai Bahar, Sufian Suhaimi, Tajul, Haqiem Rusli, Ara Johari dan ramai lagi mencetus fenomena tersendiri hasil nyanyian mereka serta lagu yang berkesan.

Ternyata, pendengar tempatan masih melekat dengan lagu tangkap leleh meskipun dengan kebangkita­n pelbagai genre jauh lebih kontempora­ri berbanding melodi 1990-an.

Tidak kurang, ada yang berpendapa­t lagu sebegitu sebenarnya membantut kemajuan muzik di Malaysia. Tidak ketinggala­n, ia juga dikatakan menyekat pasaran buat penyanyi yang sedaya upaya tampil dengan muzik lebih segar.

Kenapa lagu sebegitu lebih dekat di jiwa pendengar mahupun penyanyi remaja kita?

Ikuti pendapat beberapa artis mengenai ‘trend’ lagu ‘tangkap leleh’ ini.

EDRY ABDUL HALIM

“Ini adalah masa untuk lagu berkenaan tengah naik. Muzik memang umpama kitaran yang kita tidak tahu bila sesuatu genre menjadi ‘trend’ semula. Kita tidak boleh menidakkan kebangkita­n lagu ‘tangkap leleh’ yang kembali menjadi kegilaan sekarang. Sama juga dengan senario sebelum ini apabila nasyid dan dangdut tiba-tiba naik serta meledak.

Bagaimanap­un, seseorang artis kena harus berkarya dengan ikhlas dan bukannya bagi tujuan komersial saja. Kami sendiri sebagai KRU tidak lama dulu tidak pernah mengubah hala tuju mengikut ‘trend’ dan kekal setia dengan konsep muzik kami.

Namun begitu, sesetengah pihak tidak harus mengambil kesempatan dengan ‘trend’ lagu berkenaan. Saya perasan ada yang tidak menjaga kualiti, mahu cepat siap dan ‘cincai’. Pihak sebeginila­h sebenarnya perosak industri.

Dalam hal berkarya ini, seseorang pemuzik sepatutnya kena jadi pelopor dan bukannya pengikut.”

HAEL HUSAINI

“Bagi saya, tidak salah pun jika pendengar kita mahu terus menjulang lagu sebegitu kerana saya sendiri pun membesar dengan mendengar irama 1990-an. Apabila dengar balik lagu sebegitu, ia mencuit perasaan saya kepada kenangan lama.

Tidak dinafikan, jiwa Melayu dalam diri pendengar kita masih kuat sehingga sekarang. Saya perasaan kita lebih terarah kepada lagu yang melodi serta liriknya menusuk kalbu.

Saya tidak melihat lagu sebegitu membawa impak negatif dalam kemajuan muzik tempatan. Pendengar kita tahu apa yang mereka suka dan memilih untuk menggemari lagu berkenaan.

Buat saya yang memperjuan­gkan jenis muzik lain, ia bukannya penghalang untuk terus maju. Seseorang pemuzik perlu kekal teguh memperjuan­gkan apa yang mereka percaya terbaik untuk diri sendiri.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia