Harian Metro

Rumah Terbuka Imperia Asia meriah

- Yanie Baharom yanie@mediaprima.com.my

Sambutan Aidilfitri yang diraikan selama sebulan oleh umat Islam di Malaysia membuka ruang kepada banyak pihak untuk mengadakan rumah terbuka serta kenduri.

Salah satunya yang berlangsun­g, barubaru ini adalah Rumah Terbuka Imperia Asia yang dianjurkan di Ibu Pejabat Urusan Imperia Asia, Klang, Selangor

Lebih 3,000 tetamu hadir termasukla­h golongan istimewa dari sembilan rumah kebajikan selain artis popular, rakan perniagaan, pelanggan, sanak keluarga dan sahabat handai.

Pelbagai juadah lazat disajikan kepada tetamu pada hari itu seperti kambing golek, ayam golek, durian, cendol, aiskrim, mi jawa, soto, menu wajib raya serta lauk-pauk kampung.

Paling menarik, petugas Imperia Asia turut 'merewang' bersama-sama bagi menyediaka­n menu utama yang ingin disajikan kepada tetamu.

Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat dan seterusnya diserikan dengan persembaha­n artis popular iaitu Erni Zakri, Khai Bahar, Haikal RTM dan dimeriahka­n lagi dengan gandingan mantap Hazman RTM serta Shasha Al-Khred sebagai hos.

Selain itu, tetamu turut menyaksika­n persembaha­n Seni Silat Warisan Melayu. Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah cabutan bertuah, karaoke, dan persembaha­n istimewa gabungan rakan niaga antara dua negara Malaysia dan Indonesia. Turut hadir, pengerusi selaku pengasas Imperia Asia iaitu, Muhammad Tarmizie Bidin.

Pada majlis itu, Khai Bahar mendendang­kan lagu Bayang, Dari Jauh Saja dan Sinar Syawal. Ernie pula menyanyika­n Jangan Marah, Bersabarla­h Sayang, dan Suasana Riang Di Hari Raya sementara Haikal Azman, Satu Hari Di Hari Raya, Ku Pohon Restu Ayah Bonda serta Kenangan Cinta, diikuti Hazman dengan melodi Romancinta dan Tergantung Sepi.

 ??  ?? TETAMU istimewa dari rumah kebajikan.
TETAMU istimewa dari rumah kebajikan.
 ??  ?? ANTARA artis yang diundang membuat persembaha­n bergambar bersama pihak penganjur.
ANTARA artis yang diundang membuat persembaha­n bergambar bersama pihak penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia