Harian Metro

Ajai bergerak dengan Empayar

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Perkukuh jenama selepas 30 tahun dalam industri muzik

Kredibilit­i Ajai sebagai komposer dan penulis lirik tidak perlu dipertikai lagi. Kebanyakan karya yang dihasilkan­nya menjadi emas pada hati pendengar.

Malah Ajai, 41, juga antara individu yang bertanggun­gjawab menaikkan nama ramai penyanyi sedia ada menerusi lagu ciptaannya.

Pendek kata sentuhan magis Ajai sentiasa menjadi rebutan penyanyi lama dan baru.

Bagi mengukuhka­n lagi jenama Ajai yang hampir 30 tahun dalam industri muzik tempatan, dia kini muncul dengan band bergelar Empayar by Ajai.

Band ini menggabung­kan empat sahabat Ajai iaitu Nik (bass), Alfa (gitar 1), Bard (gitar 2) dan Rumie (dram) yang sebelum ini sering terbabit dalam pembikinan lagu serta projek dijayakan Ajai.

Menurut Ajai, band ini adalah projek khas syarikat rakamannya Wake The

Baby yang ingin menjadikan album Empayar by Ajai ini sebagai album rujukan.

“Idea untuk mewujudkan kumpulan ini sudah lama. Cuma saya belum terfikir nak berkolabor­asi dalam satu band. Kiranya tahun ini adalah masa yang paling tepat untuk saya merealisas­ikan impian itu.

“Pada awalnya terfikir juga nak mencari anggota baru tetapi memikirkan risiko yang tinggi saya pun mengambil keputusan untuk bekerja dengan rakan lama. Lagi pula anggota Empayar by Ajai sekarang adalah mereka yang pakar dalam alat muzik masingmasi­ng. Jadi saya tak perlu membuang masa mencari pemuzik baru.

“Insya-Allah kumpulan kami bakal muncul dengan album mini yang memuatkan lima lagu. Ia dijangka siapa sepenuhnya dan dipasarkan pada Ogos ini. Buat masa sekarang sudah empat lagu siap dirakam. Untuk permulaan kami mempertaru­hkan lagu Eksperimen Cinta sebagai single pertama,” katanya kepada BLING!

Ajai yang juga penyanyi lagu Aduh berkata, anggota kumpulan ini masih dapat membezakan lagu ciptaan untuk kumpulan dengan karya Ajai yang lain.

Paling penting bagi Ajai adalah kolaborasi dengan rakan lama ini lebih mudah kerana usia perkenalan mereka berlangsun­g selama belasan tahun.

“Saya berasakan kerjasama kami lebih mudah. Bukan apa mereka sudah tahu apa yang saya inginkan dalam sesebuah lagu. Apa saja rujukan yang diberi, mereka boleh buat malah jadi lebih bagus. Jadi proses menghasilk­an album pertama kami tak ada masalah.

“Istimewany­a juga, saya nak menjadikan album daripada kumpulan ini sebagai rujukan. Pengetahua­n muzik yang ada pada setiap mereka menjadikan album ini lebih menarik,” ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai Empayar by Ajai, ayah kepada dua anak ini akui band yang ditubuhkan ini satu kepuasan sepanjang mengabdika­n diri dalam bidang muzik tempatan.

“Pembabitan awal saya dalam bidang seni dulu menerusi kumpulan Exists.

 ??  ?? DARI kiri Nik, Alfa, Ajai, Rumie dan Bard membentuk
Empayar by Ajai.
DARI kiri Nik, Alfa, Ajai, Rumie dan Bard membentuk Empayar by Ajai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia