Harian Metro

ISU KEPENTINGA­N NEGARA, KELAB SUKAR BERAKHIR

-

Negeri atau negara?

Persoalan ini sekali lagi menjadi topik perbincang­an dalam kalangan penyokong ekoran keengganan beberapa pasukan negeri atau kelab melepaskan pemain untuk tugasan antarabang­sa bersama skuad Bawah 22 Tahun.

Akibatnya, jurulatih

Datuk Ong Kim Swee hanya mampu membawa 22 pemain saja bagi menghadapi pertanding­an kelayakan

Piala Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) di Bangkok, minggu ini.

Kelibat enam pemain yang ditagih tenaga mereka oleh Kim Swee iaitu Matthew Davies, Nor Azam Azih (Pahang), S Kumaahran, Syamer Kutti Abba (Pulau Pinang) serta Haziq Nadzli dan Safawi Rasid (Johor

Darul Ta’zim) tidak kelihatan hingga skuad negara berlepas ke negara Gajah Putih itu.

Tiga pasukan ini tidak memberi lampu hijau kepada pemain masing-masing untuk menyertai skuad B-22 atas alasan memerlukan tenaga mereka untuk menangani jadual padat Liga Super dan Piala Malaysia sepanjang bulan Julai dan Ogos.

Jika dipandang dari sudut undang-undang, tindakan ketiga-tiga pasukan itu jelas tidak melanggar malah selari dengan peraturan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Ini kerana peraturan FIFA menetapkan kelab hanya wajib melepaskan pemain untuk tugasan skuad utama negara saja. Itupun hanya untuk perlawanan antarabang­sa yang membabitka­n dua pasukan kebangsaan serta perlawanan yang ada dalam kalendar FIFA.

Sebagai rujukan, tiga kelab utama Eropah memenangi kes mereka di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada 2008 selepas mereka mengingkar­i arahan FIFA supaya melepaskan Lionel Messi (Barcelona), Diego (Werder Bremen) dan Rafinha (Schalke 04) beraksi untuk skuad negara masing-masing ke Sukan Olimpik Beijing.

Asas kepada keputusan CAS yang memihak kepada ketiga-tiga kelab itu adalah mahkamah timbang tara itu mendefinis­ikan Sukan Olimpik sebagai bukan ‘perlawanan antarabang­sa.’

Oleh itu dalam isu yang dihadapi oleh skuad B-22 bimbingan Kim Swee, amat jelas FAM tidak mempunyai kuasa untuk memaksa mana-mana pasukan negeri atau kelab untuk melepaskan pemain masing-masing.

Bagi Penasihat

Persatuan

Bolasepak

Kelantan

(KAFA), Tan

Sri Annuar

Musa, isu ini tidak sepatutnya menjadi perdebatan jika semua pihak memahami serta mengikut peraturan ditetapkan FIFA.

“Peraturan FIFA amat jelas mengenai hal ini. Jadi, sebenarnya tidak ada isu mengenai keengganan pasukan melepaskan pemain.

“Malah, kalau kita tengok pasukan negara lain yang berjaya di dunia, kelab hanya melepaskan pemain mereka beberapa hari menjelang perlawanan. Jadi, mengapa jurulatih kita pula memerlukan tempoh yang terlalu lama untuk membuat persiapan sesuatu pertanding­an?

“Seorang jurulatih yang bagus, beliau sudah dapat menilai kemampuan pemain yang dipilihnya melalui aksi mereka dalam liga. Jadi, tugasnya hanya mengadun taktikal serta strategi pasukan berdasarka­n pemain

 ??  ?? MATTHEW Davies (Pahang)
SAFAWI Rasid (Johor Darul Ta’zim)
MATTHEW Davies (Pahang) SAFAWI Rasid (Johor Darul Ta’zim)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia