Harian Metro

INTAN KAGUMI COUTINHO, REDS

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Penyertaan­nya dalam musim ketiga program realiti Gegar Vaganza (GV) tahun lalu memberi impak yang amat positif terhadap kerjaya seninya yang sebelum ini agak suram.

Tanpa disangka-sangka selepas sekian lama menyepi kerana mahu menumpukan perhatian terhadap keluarga, nama Intan Sarafina kini kembali mekar menghiasi taman seni.

Berada di bawah kelolaan syarikat pengurusan­nya, LOL Entertainm­ent, penyanyi dengan nama sebenar Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya ini berkata, kesibukan diri tidak pernah membataska­n dirinya untuk mengambil tahu mengenai aktiviti sukan.

Bercerita mengenai bola sepak bersama wanita berusia 35 tahun ini, dia hanya mampu ketawa dan memberitah­u meminati sukan itu kerana suami.

“Sebenarnya saya tidak pernah bermain bola sepak tapi pernah cuba bermain futsal. Memandangk­an cara permainan agak memenatkan, jadi saya rancang untuk tidak bermain secara serius.

“Sukan ini saya banyak tahu menerusi suami. Dia peminat nombor satu bola sepak,” katanya yang baru selesai merakamkan tiga lagu terbaru bersama Tam Spider, Ippoh Hafiz dan Amylea AF3.

Intan berkata, minat suaminya terhadap pemain berusia 25 tahun berasal dari Brazil iaitu Philippe Coutinho membuatkan dia secara tidak langsung meminati pemain dengan ketinggian 1.71 meter itu.

“Memang tidak dinafikan, suami banyak mempengaru­hi saya untuk menonton bola sepak. Coutinho adalah pilihan kami.

“Bagi saya dan suami, dia antara pemain muda terbaik dengan keupayaann­ya beraksi sebagai pemain tengah atau sayap.

“Setiap kali beraksi, dia akan memberi kerjasama terbaik terhadap ahli pasukan,” katanya yang cukup popular dengan lagu Kembali.

Percaya Coutinho mempunyai pakej lengkap sebagai pemain bola sepak, Intan berkata, dia memang tidak pernah terlepas untuk mengikuti perkembang­an terkini pemain berjersi nombor 10 itu.

“Keupayaan melakukan larian serangan perkara yang sering saya kagumi mengenai Coutinho.

“Saya suka corak permainann­ya. Dia menarik perhatian dengan sepakan bertenaga dari segenap sudut padang. Kepakaran dalam mengemudi jentera tengah, dia adalah permata buat pasukan yang diwakili,” katanya.

Menurutnya, walaupun

Bermain sebagai perancang tengah, dia menggunaka­n segala kemahiran dan teknik untuk membantu rakan sepasukan dalam setiap perlawanan

Coutinho masih muda tetapi dia sudah berjaya mempamerka­n permainan mengagumka­n khususnya kini beraksi dengan Liverpool.

“Bermain sebagai perancang tengah, dia menggunaka­n segala kemahiran dan teknik untuk membantu rakan sepasukan dalam setiap perlawanan.

“Aturan permainan dengan hantaran dan gerakan kemas oleh Coutinho setiap kali beraksi membuatkan pasukan dapat menghalang pihak lawan melancarka­n serangan.

“Tidak mustahil peminat Liverpool memberi gelaran Little Magician kepadanya kerana visi dan kelicikann­ya serta pengetahua­n tinggi ketika bermain di tengah padang.

“Disebabkan dia, saya turut meminati Liverpool bagi pasukan luar negara,” katanya yang pernah bermain badminton dan tenis serta minat berjoging.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia