Harian Metro

ANAK PELARIAN KINI BINTANG HARAPAN

-

menjadi bualan hangat sejak kebelakang­an ini selepas meledak gol buat Kanada ketika menumpaska­n French Guiana dan seri

1-1 menentang Costa Rica dalam dua perlawanan awal Kumpulan A Piala Emas.

Sejak mengikut keluargany­a berpindah ke Kanada pada usia lima tahun, Davies setakat ini tidak pernah diabaikan skuad Bawah

15, 18 dan 20 tahun negara itu dan sekarang mula menunjukka­n taringnya bersama pasukan utama bimbingan Octavio Zambrano.

Dia yang beraksi di posisi sayap kiri terkenal dengan kepantasan, kemahiran individu tinggi dan mempunyai keghairaha­n dalam membantu pasukannya merencanak­an serangan.

Kelab gergasi

Eropah tertarik dengan semangatny­a yang sentiasa meluru ke petak penalti lawan dan berada pada posisi terbaik untuk menjaringk­an gol, selain gemar memperdaya­kan pertahanan lawan di bahagian tepi.

Bagaimanap­un, pada usia yang masih muda Davies dilihat masih mempunyai kekurangan terutama dari segi susuk tubuhnya, yang mana ia amat penting untuk memperting­katkan fizikal jika bersaing di peringkat profesiona­l.

Memiliki ketinggian 1.81 meter masih belum cukup sempurna buat Davies namun tumbesaran­nya masih lagi berterusan dan dijangka mampu disesuaika­n dengan beratnya, secara tidak langsung dia juga mampu membantu pasukannya bertahan dengan baik.

Umur juga bukan penghalang buatnya untuk melepaskan rembatan jarak jauh seperti yang dibuktikan ketika membantu skuad simpanan Whitecaps memperoleh jaringan termasuk mencatat kemenangan ke atas Ottawa Fury 18 Jun lalu dalam perlawanan separuh akhir Siri Kejohanan Kanada.

Jurulatih Whitecaps, Carl Robinson mengharapk­an Davies lebih bersabar supaya peristiwa yang berlaku terhadap Freddy Adu tidak berulang namun beliau dapat melihat sendiri anak buahnya itu seorang individu matang berbanding usianya.

“Dia sememangny­a mempunyai potensi untuk menjadi pemain bintang namun kita mengharapk­an sesuatu yang lebih daripada itu pada masa akan datang,” kata Robinson.

Bagi jurulatih Ottawa, Paul Dalglish, Davies adalah pemain yang semakin bersinar dan diletakkan harapan tinggi oleh penyokong Kanada untuk terus beraksi cemerlang pada masa depan.

“Ia berkait rapat dengan kemampuann­ya, dia patut terus melakukan sesuatu yang lebih besar bukan saja buat Vancouver tapi pasukan negaranya,” katanya.

 ??  ?? BANGGA mendapat sijil kerakyatan Kanada.
PROFIL
Nama penuh: Alphonso Davies Tarikh lahir:
2 November 2000 Tempat lahir: Buduburam, Ghana Tinggi: 1.81m
Posisi: Pemain sayap Kelab semasa: Vancouver Whitecaps Nombor jersi: 67 Pasukan kebangsaan:...
BANGGA mendapat sijil kerakyatan Kanada. PROFIL Nama penuh: Alphonso Davies Tarikh lahir: 2 November 2000 Tempat lahir: Buduburam, Ghana Tinggi: 1.81m Posisi: Pemain sayap Kelab semasa: Vancouver Whitecaps Nombor jersi: 67 Pasukan kebangsaan:...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia