Harian Metro

SYARAFANA MAKIN TERUJA minat SKUAD PENYU

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Tindakan pihak pengurusan menukar tonggak import baru jelas sekali melegakan peminat setia Terengganu, Nur Syarafana Kamaruzama­n yang mengakui pasukan kesayangan­nya itu sudah kembali menemui sentuhan untuk bersaing dalam Liga Perdana dan Piala Malaysia.

Menurutnya, kehadiran Gabriel Davis dan Kipre Tchetche memberi impak positif buat Terengganu berbanding import terdahulu Federico Falcone serta Lutfulla Turaev.

“Pasukan musim ini baru dibentuk kembali oleh jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim selepas tersingkir daripada saingan Liga Super musim lalu. Bagaimanap­un, setakat ini Terengganu masih belum konsisten dalam saingan liga selepas pusingan pertama,” katanya.

Syarafana yang lahir di Dungun juga mengakui ketiadaan penjaga gol utama dan kedua juga salah satu sebab Sang Penyu agak kurang konsisten dalam mengekang asakan bertaliaru­s pasukan lawan.

“Apa yang saya lihat kekuatan utama Terengganu musim ini adalah lebih menjurus kepada ketua pasukan mereka iaitu Lazaro yang mengemudi barisan pertahanan dengan mantap, sekali gus mengimbang­i kebuntuan barisan serangan pasukan.

“Kelemahan paling ketara pula adalah bahagian tengah terutama ketika membuat serangan balas. Mereka seperti tidak bergerak dalam satu unit ketika menyerang,” ujar gadis berusia 22 tahun itu.

Seperti peminat Terengganu lain, Syarafana tidak menafikan pemain bertubuh kecil Faiz Nasir berjaya menarik perhatian mereka musim ini.

“Faiz individu paling menonjol setakat ini dan dia seorang pemain tengah bertubuh kecil dengan mempunyai gerakan lincah serta membuat umpanan cantik untuk barisan serangan pasukan,” katanya.

Sebagai peminat setia, Syarafana mengakui dia sukar untuk membuat pilihan siapa idolanya sepanjang zaman namun dia tidak menafikan sumbangan bekas pemain Marzuki Yusof.

Ujarnya, bekas pemain Telekom Melaka dan TTeam itu mempunyai sifat kepimpinan tinggi dan tidak berdepan masalah untuk mengetuai pasukan dengan baik.

“Dia amat disenangi baik pemain senior mahupun pemain baru, mungkin kerana daya kepimpinan yang ada pada dirinya,” kata Syarafana.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia