Harian Metro

TANGANI KECEDERAAN PEMAIN MUDA DENGAN BAIK

-

ketika membuat liputan pasukan bola sepak kebangsaan dan Kuala Lumpur, saya mengenali Shebby sebagai pemain. Beliau kini ibarat rakan setugas, sesudah masingmasi­ng melalui transforma­si pengalaman yang berbeza tetapi kembali kepada titik pertemuan yang hampir sama.

Ketika zamannya sebagai pemain, Shebby sudah gemar bertukartu­kar pendapat mengenai bola sepak tempatan dan antarabang­sa, termasuk membincang­kan gaya permainan bintang handalan dunia menerusi majalah World Soccer.

Setahu saya, bagi Shebby banyak yang tidak kena dalam landskap bola sepak negara. Saya setuju. Barangkali dalam hal bola sepak, Shebby seorang idealis dan sebaliknya saya pula mungkin melihat dari sudut pandang yang berbeza menerusi kacamata sebagai seorang wartawan sukan.

Minggu ini, saya ingin menyentuh salah satu topik juga pasti merangsang pelbagai kritikan Shebby iaitu mengenai kurangnya penekanan dan bimbingan terhadap pemain muda berbakat yang ditimpa kecederaan.

Azizol Abu Haniffah (Perak, 80an), Azhar Shariff (Selangor, 80an), T Gopinath Naidu dan Azrul Amri Borhan (Kuala Lumpur, 90an) adalah antara pemain berbakat besar yang gagal mencapai potensi sebenar mereka akibat bergelut dengan kecederaan.

Derita kecederaan memang lumrah dalam karier seorang pemain bola sepak. Namun yang menyedihka­n tekanan dan trauma yang terpaksa mereka lalui tanpa bimbingan pemulihan yang benarbenar berkesan.

Secara kebetulan, boleh juga kita menyebut beberapa pemain berbakat

Johor DT seperti Irfan Fazail, Gary Steven Robbat, Amir Saidin dan Rozaimi Abdul Rahman yang pernah atau sedang merawat kecederaan serius.

Penyerang dari Sabah, Rozaimi menjalani pembedahan merawat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada 21

Jun lalu. Mampukah Rozaimi dan pemain muda yang senasib dengannya untuk kembali menyinarka­n bakat mereka?

“Ternyata dia perlukan sokongan yang kuat. Saya dapat rasakan dia berdepan tekanan emosi dan kesedihan... tertanyata­nya seperti hilang keyakinan diri apakah mampu menyelamat­kan kariernya,” luah seorang isteri pemain yang masih belum pulih daripada rawatan ACL.

Kita harap, warga bola sepak tempatan bukan saja dapat mema

hami keperitan pemain yang mengalami kecederaan serius, malah memikul sepenuhnya tanggungja­wab (serta kos kewangan) sebagai majikan pasukan berkontrak.

Malangnya sekali jika masih ada pengurusan pasukan yang bersikap sambil lewa dan seolaholah tidak memahami apa yang diluahkan oleh seorang isteri atau teguran pemerhati yang bernama Shebby!

Ia salah satu daripada perubahan sikap yang penting untuk menjana setiap sudut sampingan bagi memastikan urus tadbir terbaik bola sepak negara. Harapan yang sama kita mahukan daripada setiap pemain muda negara yang sedang beraksi dalam Kejohanan AFF B15 dan kelayakan Piala AFC B23. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia