Harian Metro

JERSI HAFIZ PENAWAR ARIFF

-

Spy Bola turut berada di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang, pada Ahad, minggu lalu untuk menyaksika­n pertemuan pemain Perak, Hafiz Kamal dengan peminatnya, Mohd Ariffudin Mohd Nor Hafis.

Majlis itu yang diatur bersama oleh Harian Metro dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) serta disokong oleh syarikat pengedar barangan sukan, Al-Ikhsan sebagai memenuhi permintaan Ariffudin yang teringin bertemu Hafiz.

Ariffudin, 9, kini sedang diuji dengan penyakit kanser tisu tahap empat yang boleh mengakibat­kan dia buta. Ketika ini, mata kirinya terjojol keluar sementara tahap penglihata­n mata kanan semakin merosot.

Apa yang agak mengharuka­n adalah komitmen yang ditunjukka­n oleh keseluruha­n pasukan Perak bila mana pegawai serta semua pemain turut hadir memberi sokongan kepada Ariffudin.

Dalam pertemuan itu, selain sumbangan kewangan serta barangan sukan, sesuatu yang sangat ‘berharga’ bagi Ariffudin apabila dihadiahka­n jersi bernombor 27 yang terpampang nama Hafiz serta sehelai lagi yang bertulis namanya sendiri.

Pada Rabu lalu, Spy

Bola sempat menelefon ibu Ariffudin, Nor Azlin Mohamad untuk bertanya khabar mengenai anaknya itu.

Agak menggembir­akan apabila Nor Azlin memberitah­u pertemuan Ariffudin dengan Hafiz itu memberi kesan positif kepada anaknya.

“Dia memberi tindak balas yang baik terhadap rawatan di mana bengkak di mata kirinya kini semakin surut. Malah, sikapnya yang dulu yang agak murung sekarang sudah kembali ceria.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Hafiz serta semua yang terbabit dalam mengatur pertemuan ini. Sekurang-kurangnya, tertunai sudah hajat anak saya.

“Malah, keluarga Hafiz juga sangat mengambil berat mengenai Ariff apabila kakaknya, Muslinda serta suami turut menziarahi Ariff barubaru ini,” ujar Nor Azlin.

Ibu kepada tiga anak itu turut mendedahka­n jersi pemberian Hafiz kini menjadi peneman setia Ariffudin, seolah-olah menjadi penawar kepada penyakitny­a.

“Dia akan berselang-seli memakai jersi yang tertulis nama Hafiz dan namanya. Malah, ia dipakai semasa tidur. Sebagai ibu, saya hanya mampu berusaha dan berdoa agar Ariff akan kembali sihat,” ujarnya.

Bagi yang ingin menyumbang bantuan boleh menyalurka­n ke akaun Maybank atas nama Nor Azlin (1628430657­03).

Spy Bola: Simpan jersi pasukan X-BH.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia