Harian Metro

Vincent-Desta bikin kecoh!

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Asalnya, Vincent Ryan Rompies dan Deddy Mahendra Desta bersahabat baik sejak remaja. Kemudianny­a mereka sama-sama terbabit dalam kumpulan Clubeighti­es apabila Vincent bermain bass manakala Desta sebagai pemain gitar utama.

Persahabat­an ini terus dilanjutka­n apabila keduaduany­a digandingk­an sebagai hos program bual bicara, Tonight Show yang bersiaran di saluran Net Entertainm­ent, Jakarta. Mereka juga dibantu pengacara dan pelakon popular, Hesti Purwadinat­a yang turut menambah warna program ini.

Berpeluang menyaksika­n sendiri rakaman Tonight Show di studio Net Entertainm­ent, Jakarta, baru-baru ini, BLING! dapat melihat keseronoka­n penonton yang hadir kerana tidak kering gusi ketawa dengan celoteh bersahaja Vincent dan Desta.

Ada-ada saja yang dilakukan mereka sama ada dialog berunsur lucu, mengenakan pemuzik iringan serta menguji tetamu undangan yang ditampilka­n.

Tidak hairanlah peminat sanggup beratur panjang semata-mata ingin merasai pengalaman terbabit sebagai sebahagian dalam program ini.

Bagaimanap­un, celoteh mereka bukan kosong atau sekadar hiburan sematamata kerana sarat dengan informasi berguna buat penonton program yang berusia empat tahun.

Vincent yang ditemui berkata, dia bukan seorang yang kelakar, namun pembabitan­nya dalam program ini sedikit sebanyak menonjolka­n ciri humor yang ada padanya.

“Saya pernah mengendali­kan program MTV Bujang sebelum ini. Diikutkan saya adalah aktor yang menghayati watak diberikan.

“Cuma untuk Tonight Show saya diminta buat lucu. Saya seorang berperwata­kan biasa apabila di luar,” katanya yang pernah membintang­i 12 filem.

Menurutnya, Dest, Hesti dan dirinya bukan saja terbabit sebagai hos, tetapi turut bertindak sebagai penyelidik yang mencari idea pada peringkat awal sehingga proses suntingan program ini.

“Saya menemui kepuasan

Digandingk­an dalam program

bual bicara Tonight Show

yang sukar digambarka­n dengan kata-kata. Tonight Show memberikan kebebasan untuk kami berkarya.

“Contohnya, tetamu kami sebuah kumpulan yang datang untuk mempromosi lagu baru. Kami tak hanya berbual, tapi turut menukar set seolah-olah berada dalam sidang media, apabila saya sebagai promoter mereka manakala teman lain sebagai wartawan,” katanya yang sentiasa kekal dengan identiti sendiri.

Desta pula mengakui keserasian bersama Vincent dan Hesti antara faktor dia selesa berada dalam Tonight Show.

“Saya juga banyak berkongsi idea dengan Vincent untuk memantapka­n lagi program ini. Apatah lagi Tonight Show program santai, tapi ada isi buat penonton.

“Bagi saya, kita tak harus sentiasa berkomedi, tapi sebaliknya lebih senang menggunaka­n perkataan bercanda. Sama ada lucu atau tidak, terserah kepada penonton menilainya,” katanya yang mengakui dirinya seorang yang serius dan sensitif.

Tonight Show turut disiarkan di Malaysia setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 11malam di saluran Pelangi 142 menerusi Indo Pek dengan bayaran RM12 sebulan.

Saya menemui kepuasan yang sukar digambarka­n dengan kata-kata. Tonight Show memberikan kebebasan untuk kami berkarya

 ??  ??
 ??  ?? DESTA
DESTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia