Harian Metro

Zaleha sayang peminat, belum bersara

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my Teringin Rakam Single Baru

Masih aktif buat persembaha­n di serata tempat termasuk Singapura

Sebelum datangnya Amelina, Mas Idayu, Sheeda atau Ifa Raziah, siapakah artis wanita yang lebih dulu mendominas­ikan lagu dangdut di Malaysia?

Orang itu tidak lain daripada Zaleha Hamid yang bukan saja handal dalam genre dangdut, sebaliknya juga lagu berirama Hindustan dan Melayu Deli.

Antara lagunya popularnya adalah Jangan Segan Segan, Jangan

Kau Tangiskan, Nasib Janda, Sesejuk Airmata

Ibu, Dangdut Reggae serta lagu duet termasuk Inang Aidilfitri bersama Allahyarha­m Datuk Sudirman, Sesuci Kasihku Semurni Cintamu (Aziz Ahmad) dan Joget Burung Merpati (Herman Tino).

Namun ke manakah hilangnya Zaleha yang juga bekas anggota kumpulan Orkes Zindagi ini?

Pada usia 60 tahun, penghibur veteran kelahiran Sungai

Pinang, Pulau Pinang ini sebenarnya masih aktif membuat persembaha­n di serata tempat termasuk Singapura.

Bagaimanap­un tidak banyak publisiti mengenai Zaleha hingga ada pihak mendakwa dia sudah bersara dari bidang nyanyian.

Ketika dihubungi BLING! kelmarin, Zaleha menafikan perkara itu.

“Alhamdulil­lah, walaupun saya kurang muncul di kaca TV dan tidak banyak publisiti daripada pihak media generasi baru, saya masih lagi aktif membuat persembaha­n.

“Saya kini menetap bersama keluarga di

Johor Bahru dan jika ada undangan ke mana pun insya-Allah saya akan cuba pergi.

“Antaranya, saya pernah membuat persembaha­n pembukaan pada konsert mingguan ketiga Kilauan Emas musim kelima sebelum ini,” katanya.

Zaleha berkata, belum masanya dia bersara dari bidang nyanyian.

“Alhamdulil­lah, sampai sekarang irama dangdut masih diminati ramai. Bukan saja di kampung, tetapi juga bandar besar.

“Saya pernah memberitah­u peminat untuk bersara dari bidang seni kira-kira dua hingga tiga tahun lalu.

“Namun, masih ramai pula peminat yang tidak menyokong hasrat itu. Saya juga masih sayangkan peminat dan insya-Allah, selagi kesihatan mengizinka­n, saya akan teruskan lagi karier nyanyian sekali gus menghiburk­an peminat.

“Dari segi kesihatan, kadang-kadang saya jatuh sakit juga, tetapi sakit yang biasa saja dan tidak beratberat,” katanya.

Mengenai album baru atau single pula, kata Zaleha, dia belum ada perancanga­n ke arah itu lagi.

“Saya akui susah mencari pencipta lagu dangdut pop asli pada zaman ini. Tapi kalau ada saya teringin rakam ‘single’ baru.

“Sebab itu, irama dangdut asli yang saya perjuangka­n dulu mampu bertahan sampai sekarang, kerana ia berkualiti” katanya.

Ditanya kemunculan ramai bakat baru pula, kata Zaleha ia sesuatu yang positif kerana adanya pelapis dalam bidang nyanyian.

“Rata-rata bakat baru ada kelainan masingmasi­ng dan ada yang mendapat bimbingan daripada guru vokal yang bagus.

“Saya harap semoga mereka berjaya dan berjuang dengan ikhlas untuk memajukan seni hiburan kita,” katanya yang mengharapk­an genre dangdut terus bertahan sampai bila-bila.

 ??  ?? Alhamdulil­lah,
walaupun saya kurang muncul di kaca
TV dan tidak banyak publisiti daripada pihak media generasi baru, saya masih lagi aktif membuat persembaha­n
Alhamdulil­lah, walaupun saya kurang muncul di kaca TV dan tidak banyak publisiti daripada pihak media generasi baru, saya masih lagi aktif membuat persembaha­n
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia