Harian Metro

#iAMFAITHME­N diiktiraf JPM

-

Faizal berhasrat rapatkan jurang

Malaysia, Indonesia

mula diterima dan kami dapat lihat apa yang diperlukan oleh masyarakat daripada organisasi bukan kerajaan (NGO) seperti kami,” katanya kepada BLING!.

Walaupun masih baru, #iAMFAITHME­N nampaknya mula mendapat perhatian sehingga menerima anugerah daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM), baru-baru ini.

“#iAMFAITHME­N dianugerah­kan Anugerah Sukarela Terbaik oleh JPM. Menerusi penganuger­ahan ini juga, tanggungja­wab kami juga semakin besar.

“Ramai juga yang ingin menyertai NGO kami, namun saya sedar bahawa #iAMFAITHME­N belum cukup besar untuk memayungi jumlah ahli yang terlalu ramai,” katanya.

Tambah Faizal lagi, dia juga mahu #iAMFAITHME­N berkembang secara perlahan-lahan.

Faizal bersama #iAMFAITHME­N juga turut terbabit dalam majlis kerja amal bersama warga emas.

“Baru-baru ini, #iAMFAITHME­N dengan kerjasama Red Box

Karaoke serta Awang Brand mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Penyerahan Cek Raikan Cinta di Pusaat Jagaan Warga Emas Sri Mesra Ampang.

Faizal juga meluahkan hasratnya untuk merapatkan jurang antara Malaysia dengan Indonesia.

“Saya melihat jurang itu wujud dan semakin besar. Jadi, idea ini muncul ketika saya dipilih menjadi pengacara program travelog Jelajah Hati (RTM).

“Daripada pengalaman selama 12 hari menjalani penggambar­an di Indonesia, saya sedari bahawa ikatan silaturahi­m antara Malaysia dan Indonesia itu sangat kuat, cuma tiada orang yang bertindak mengukuhka­nnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia