Harian Metro

Hidup lestari, alam sekitar terjaga

-

kehidupan lestari, namun tidak tahu cara melakukann­ya.

“Di sinilah letaknya peranan IKEA yang sememangny­a terkenal sebagai pusat sehenti dengan menawarkan pelbagai pilihan produk dan maklumat bermanfaat untuk kehidupan lestari hari ini serta akan datang,” katanya.

Bagi memberikan gambaran lebih jelas, pusat sehenti hiasan dalaman itu turut mengendali­kan Lawatan Rumah Lestari di IKEA Damansara dan IKEA Cheras sepanjang tempoh kempen itu.

Malah pengunjung yang menyertai lawatan berpandu berkenaan berpeluang meninjau rekaan dalaman dengan penataan serba lengkap.

Sudah tentu pengalaman itu membuatkan anda teruja kerana lawatan itu lengkap dengan gambaran sebuah kediaman dari ruang tamu, ruang dapur, bilik tidur, bilik air dan ruang santai atau berkebun.

Lebih menarik perhatian apabila di setiap ruang, perabot dan aksesori hiasannya mempunyai ciri-ciri kehidupan lestari dalam ‘Sustainabl­e Living Project.’

Sekali gus memberikan idea dan penyelesai­an hiasan dalaman yang anda cari selama ini.

Pada masa sama pelbagai panduan menzahirka­n empat elemen utama kelestaria­n IKEA.

Anda yang berminat untuk mendaftar dan menempah sesi Lawatan Rumah Lestari IKEA itu boleh layari IKEA.my/ sustainabl­e-living mulai sekarang hingga 5 Ogos ini.

Sementara itu, tiga keluarga bakal dipilih dan layak menerima rundingan serta produk IKEA bernilai hingga RM8,000 untuk menwujudka­n kehidupan lebih lestari di kediaman masing-masing.

Tambahan pula setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, ahli IKEA FAMILY boleh berkunjung ke manamana cawangan IKEA untuk menukarkan bahan kitar semula seperti botol plastik, tin aluminium dan surat khabar lama bagi mendapatka­n mata ganjaran hingga 6 Ogos ini.

Langkah itu juga antara usaha dalam kempen ‘Sustainabl­e Living Project.’

Anda yang belum mendaftar sebagai ahli IKEA FAMILY boleh berbuat demikian di setiap cawangan IKEA atau atad talian IKEA.my/FAMILY/ register.

 ??  ?? ILHAM idea untuk ruang dapur.
ILHAM idea untuk ruang dapur.
 ??  ?? KEMASAN bilik air dalam menzahirka­n ‘Sustainabl­e Living Project.’
KEMASAN bilik air dalam menzahirka­n ‘Sustainabl­e Living Project.’
 ??  ?? SOFA praktikal dengan fungsi yang pelbagai melengkapk­an gaya hidup lestari anda.
SOFA praktikal dengan fungsi yang pelbagai melengkapk­an gaya hidup lestari anda.
 ??  ?? IDEA penjimatan tenaga diketengah­kan.
IDEA penjimatan tenaga diketengah­kan.
 ??  ?? SUASANA di bilik tidur dengan empat elemen kelestaria­n IKEA.
SUASANA di bilik tidur dengan empat elemen kelestaria­n IKEA.
 ??  ?? SUSUN letak aksesori hiasan mengikut keperluan dan keadaan ruang.
SUSUN letak aksesori hiasan mengikut keperluan dan keadaan ruang.
 ??  ?? ANTARA produk IKEA bermanfaat untuk kehidupan lestari anda.
ANTARA produk IKEA bermanfaat untuk kehidupan lestari anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia