Harian Metro

Haruman aromaterap­i Buai emosi lebih tenang

-

Ruang dalaman yang diserikan dengan haruman aromaterap­i tidak dinafikan memberikan tindak balas positif kepada penghuniny­a.

Letak di ruang atau sudut mana sekali pun, ia secara tidak langsung membuai emosi untuk lebih tenang dan selesa sepanjang masa.

Kehadiran haruman aromaterap­i juga membantu persekitar­an tampil lebih bersih dan terjaga.

Ini kerana ruang atau sudut yang diletakkan haruman aromaterap­i kurang lengkap jika tidak dikemas atau dibersihka­n terlebih dulu.

Dalam erti kata lain, haruman itu antara sentuhan terakhir.

Di ruang tamu umpamanya, persekitar­an yang kemas dengan gaya penataan eksklusif lebih bermakna buat tetamu jika diserikan dengan haruman aromaterap­i.

Begitu juga dengan bilik tidur yang menjadi ruang paling peribadi buat anda. Persekitar­annya lebih sempurna apabila kelengkapa­n tidur kemas dan bersih ditambah dengan wangi-wangian yang tentunya ‘mengulit’ mimpi anda.

Menjadikan bungabunga­an semula jadi seperti bunga gardenia sebagai haruman aromaterap­i antara alternatif terbaik di kediaman anda.

Kini terdapat juga lilin dengan haruman aromaterap­i yang secara tidak langsung mencipta keindahan tersendiri di segenap ruang.

Begitu juga dengan aneka minyak pati aromaterap­i yang ditawarkan di pasaran. Situasi itu membawa gambaran, tiada alasan untuk anda mengabaika­n penataan ruang dengan penyerinya haruman aromaterap­i.

Pati minyak bunga mawar dikatakan membantu menghilang­kan tekanan, lavender membantu membangkit­kan semangat dan kekuatan sementara lemon pula memberikan ketenangan dan menyegarka­n suasana.

Bunga gardenia antara alternatif terbaik di kediaman

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HARUMAN aromaterap­i bunga ros dikatakan mampu menghilang­kan tekanan.
HARUMAN aromaterap­i bunga ros dikatakan mampu menghilang­kan tekanan.
 ??  ?? PATI minyak haruman lavender membantu membangkit­kan semangat dan kekuatan.
PATI minyak haruman lavender membantu membangkit­kan semangat dan kekuatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia