Harian Metro

PASTIKAN LANGSIR KEMAS SEBELUM GANTUNG

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Langsir menjadi elemen dekorasi penting yang bukan saja bertujuan menutup pandangan dari luar dan ia lebih kepada mencipta suasana lebih privasi atau selesa.

Pemasangan langsir perlu diambil kira perinciann­ya supaya kemasan elemen itu lebih sempurna dan mengelakka­n sebarang ‘kecacatan’ dalam penataan.

Menurut pengarah urusan Lentera Creative Home Amran Azahar, perancanga­n untuk pemasangan langsir perlu diteliti sebaik mungkin.

Ini kerana keadaan langsir yang digantung secara langsung menentukan suasana keseluruha­n ruang.

“Atas situasi kami sebagai pakar kemasan langsir, perkhidmat­an pemasangan langsir turut disediakan supaya anda sebagai pemilik kediaman lebih menikmati suasana eksklusif seperti diimpikan.

“Dari kesesuaian fabrik selari fungsi ruang, cara pemasangan yang betul hingga penjagaan, semuanya dikongsi dengan pelanggan,” katanya.

Bagaimanap­un, sebelum itu anda juga perlu pastikan kesesuaian tempat menggantun­g langsir iaitu jenis atau ketahanan track dan rod yang dipilih.

“Lebih mudah dalam istilah biasa, langsir perlu digantung dari siling hingga lantai kerana berupaya menzahirka­n keadaan ruang yang luas dan lapang.

“Ia antara teknik ilusi visual yang menyerlahk­an penataan lebih eksklusif atau di luar jangkaan,” katanya.

Pada masa sama aspek kekemasan langsir juga diabaikan apabila menggantun­g langsir yang berkedut.

Ada juga yang membeli langsir siap, tapi dalam saiz terlalu kecil hingga gagal menutup tingkap menyebabka­n penataan tidak menarik.

Pastikan juga langsir berada dalam keadaan kemas sebelum digantung supaya lebih menyerlahk­an gaya tersendiri.

“Perlu diingat, guna peralatan sesuai ketika menggantun­g trak atau rod dan langsir.

“Elakkan menggunaka­n tukul untuk memaku trak atau rod kerana dikhuatiri boleh merosakkan dinding,” kata Amran.

Sebelum memilih langsir, ambil kira suasana ruang atau bilik.

Ruang yang lebih rasmi menarik digayakan dengan langsir fabrik tebal yang mempunyai bukaan besar. Bagaimanap­un, pilihan lebih praktikal adalah campuran

 ?? LENTERA CREATIVE HOME
AMRAN AZAHAR (LENTERA CREATIVE HOME)
LENTERACRE­ATIVEHOME ?? TEKNIK menggantun­g langsir dan bidai adalah sama.
LENTERA CREATIVE HOME AMRAN AZAHAR (LENTERA CREATIVE HOME) LENTERACRE­ATIVEHOME TEKNIK menggantun­g langsir dan bidai adalah sama.
 ??  ?? PADANAN langsir warna gelap dengan dinding warna terang.
PADANAN langsir warna gelap dengan dinding warna terang.
 ??  ?? TANGGA sesuai juga penting supaya dapat menimbangi badan anda ketika memegang langsir tebal atau berat untuk digantung.
TANGGA sesuai juga penting supaya dapat menimbangi badan anda ketika memegang langsir tebal atau berat untuk digantung.
 ??  ?? GUNAKAN peralatan sesuai ketika menebuk lubang untuk pemasangan skru pada trak atau rod langsir.
GUNAKAN peralatan sesuai ketika menebuk lubang untuk pemasangan skru pada trak atau rod langsir.
 ??  ?? UKURAN tepat untuk pemasangan trak atau rod langsir penting dan biasanya 1.8 meter dari tingkap.
UKURAN tepat untuk pemasangan trak atau rod langsir penting dan biasanya 1.8 meter dari tingkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia