Harian Metro

BINGKAI tingkap kaca runcing

- Susunan Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Firma arkitek Atelier

Tekuto menterjema­hkan idea menarik menerusi pembinaan kediaman dengan reka bentuk unik.

Kediaman terletak di Setagaya-ku, Tokyo, Jepun itu dinamakan Monoclinic House.

Corak geometri dengan binaan bingkai tingkap kaca runcing atau bersudut pada berhampira­n bumbung membuatkan seni binanya benar-benar menarik.

Rekaan itu membolehka­n penghuniny­a menyaksika­n keindahan pemandanga­n landskap bandar dan langit saban waktu.

Pemandanga­n lebih indah ketika siang dan bulan mengambang.

Lebih membanggak­an Monoclinic House terdiri daripada tiga peringkat kediaman kecil dan pangsapuri studio untuk disewa.

Dilihat dari jauh, Monoclinic House itu bagaikan berbentuk segi empat dan empat bentuk segi tiga dengan permukaan penjurunya yang boleh digambarka­n sebagai dinding serta siling unik pernah ditemui.

Menurut kenyataan firma arkitek Atelier Tekuto, pihaknya merancang rekaan beberapa kediaman unik seperti ini yang memberikan penyelesai­an kepada ruang kecil untuk gaya hidup masyarakat bandar.

Pada masa sama menjelaska­n sejauh mana permukaan bersudut atau berpenjuru itu membantu pengaliran air hujan dengan sempurna.

Perincian ruang dalaman juga turut diberi perhatian. Kediaman utama terletak di bangunan hadapan, ruang tamu di tingkat satu dengan ketinggian siling berukuran lima meter.

Ukuran siling berkenaan

Penghuni dapat saksikan

keindahan pemandanga­n

landskap bandar dan langit saban

waktu

membenarka­n kemasukan cahaya matahari pada ruang tamu dan kediaman utama menerusi bingkai tingkap kaca runcing atau bersudut itu.

Sementara bilik tidur berada di tingkat atas.

Kenyataan lain, firma arkitek itu menyatakan Monoclinic House membabitka­n salah satu konsep utama adalah ‘mereka bentuk langit.’

Ini kerana ketika merancang pembinaan kediaman dalam kawasan bandar yang dikeliling­i bangunan, langit adalah elemen semula jadi paling utama.

Kediaman yang siap dibina pada 2006 itu turut membawa gambaran kaitan antara seni bina dengan keindahan alam selain pemilihan material yang meminimumk­an kos.

 ??  ?? DI segenap sudut, bersantai sambil membaca dan menikmati keindahan alam antara kelebihan buat penghuni di Monoclinic House.
DI segenap sudut, bersantai sambil membaca dan menikmati keindahan alam antara kelebihan buat penghuni di Monoclinic House.
 ??  ?? PADA setiap sudut keindahan pemandanga­n luar termasuk
langit dapat ditinjau.
PADA setiap sudut keindahan pemandanga­n luar termasuk langit dapat ditinjau.
 ??  ?? KEMASUKAN cahaya matahari menerusi binaan bingkai kaca bersudut.
KEMASUKAN cahaya matahari menerusi binaan bingkai kaca bersudut.
 ??  ?? KEUNIKAN Monoclinic House menjelang malam.
KEUNIKAN Monoclinic House menjelang malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia