Harian Metro

HARUM SEPANJANG HARI

- NOOR AZAM AB AZIZ 03-20567083/7084

Tip untuk kekalkan bau minyak wangi supaya tahan lama

Tip pertama, sembur minyak wangi terus pada badan. Ia akan diaktifkan oleh haba semula jadi tubuh sekali gus membuatkan bau kekal lama berbanding cuma menyembur di pakaian.

JANGAN GOSOK!

Walaupun ada kita lihat di kaca televisyen ada yang menggosok minyak wangi, jangan ikut cara ini. Perbuatan ini akan menghancur­kan molekul wangi sekali gus menjadikan bau asli minyak wangi menjadi berbeza. Sebaliknya, sembur dengan jarak antara 15 hingga 25 centimeter (sm) daripada kulit. Semburan ringan akan menyebarka­n baru yang sama rata pada badan.

DIMANA PERLU DISEMBUR?

Spot terbaik untuk menyembur minyak wangi adalah pada titik nadi di badan kita. Seelok-eloknya, sembur di bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelanga­n tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan akan tahan lebih lama.

LEMBAPKAN KULIT

Kajian berkaitan hal ini menunjukka­n bau minyak wangi akan kekal lebih lama pada kulit berminyak berbanding kulit kering. Biasanya, kita menganggap kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan apabila boleh mengekalka­n bau wangian lebih lama. Oleh itu, jika kulit anda jenis kering, lembapkan dulu dengan menggunaka­n pelembap sebelum menyembur. Jika lakukan dengan betul mengikut tip ini, anda tak perlu risau lagi berbau masam walaupun berjemur lama di bawah matahari.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia