Harian Metro

LATIHAN INDUSTRI DI CHINA

- Fatin Farhana Japre

Seramai Sekitar UTHM, Muhammad Syahiran Hamdan, 24, berkata menerusi program ini mereka juga belajar mempersiap­kan diri menghadapi cabaran kerjaya serta menambah ilmu pengetahua­n mengenai teknologi solar yang dibangunka­n China untuk melaksanak­an teknologi baru tenaga solar dalam industri Malaysia.

“Peluang ini akan digunakan sebaik mungkin untuk mengkaji pembanguna­n lestari di Malaysia dengan menyumbang idea bagi mengurangk­an penggunaan tenaga dengan tenaga solar.

“Oleh itu, kami belajar mencari jalan penyelesai­annya dengan menggunaka­n tenaga solar thermal dan photovolta­ic dan jika ia berjaya akan kami laksanakan di negara kita,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka juga berpeluang menyambut hari raya bersama penduduk Muslim China di wilayah Shandong dan belajar serba sedikit budaya di sana.

“Kami disambut dan dilayan seperti keluarga oleh penduduk Muslim China di sini. Budaya mereka sedikit berbeza dengan masyarakat di negara kita kerana sebaik saja selesai solat raya kami dijamu roti dan sup kambing yang dimakan beramai-ramai di masjid.

“Amat berbeza dengan suasana raya di negara kita yang menghidang­kan ketupat, lemang atau rendang sebagai juadah.

Malah di sini tiada tradisi kunjungmen­gunjungi

10 siswa UTHM didedahkan dengan persekitar­an kerja sebagai jurutera awam

dan pemberian duit raya.

“Bagi memeriahka­n sambutan di rantau orang, kami turut memasak makanan tradisiona­l kita seperti rendang, kuah kacang dan nasi impit untuk diberi kepada mereka.

“Kami tetap merasai suasana hari raya dan tidak terlalu sedih berjauhan dengan ahli keluarga buat kali pertama.

“Kami berharap dapat mengubah negara kita ke arah teknologi hijau dan mesra alam menggunaka­n tenaga solar bagi menggantik­an teknologi sedia ada,” katanya.

Menerusi program ini, UTHM berharap dapat melahirkan lebih ramai penuntut yang berdedikas­i sekali gus meningkatk­an ranking universiti di seluruh dunia.

 ??  ?? MAJLIS sambutan kedatangan penuntut UTHM di Himin Solar Ltd.
MAJLIS sambutan kedatangan penuntut UTHM di Himin Solar Ltd.
 ??  ?? PENUNTUT UTHM bergambar bersama imam di sana.
PENUNTUT UTHM bergambar bersama imam di sana.
 ??  ?? DISAJIKAN dengan makanan tradisiona­l muslim Cina pada pagi raya.
DISAJIKAN dengan makanan tradisiona­l muslim Cina pada pagi raya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia