Harian Metro

Kekal aktif tapi bergaya

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Jika wanita lain memilih untuk memasarkan produk busana Muslimah, berbeza bagi Eliza Noordin apabila memperkena­lkan pakaian sukan Muslimah menerusi jenama Nashata bagi memperkasa­kan gaya hidup aktif secara sederhana menerusi produk sukan jenamanya.

Menurut Eliza, Nashata adalah jenama pakaian sukan baru yang memberi tumpuan kepada keselesaan dan kesederhan­aan dalam reka bentuknya merangkumi pelbagai jenis potongan dan pilihan warna. Ia sekali gus memberi keyakinan kepada wanita untuk menjalani gaya hidup sihat.

Memulakan operasi secara dalam talian di nashata.com sejak ditubuhkan pada Mei

2013 dan dilancarka­n pada 15 Mac 2014, jenama ini mula dikenali apabila menawarkan beraneka produk sukan merangkumi baju, seluar dan hijab untuk pelbagai aktiviti sukan lasak mahupun sederhana.

“Semua keluaran berasaskan kepada kepercayaa­n bahawa wanita bersukan juga ingin kelainan dalam penggayaan selain mahukan busana yang lebih Muslimah dan selesa. Atas kepercayaa­n ini saya memperkena­lkan Nashata bagi memperkasa­kan wanita sekali gus menarik minat mereka untuk kekal aktif dan bergaya,” katanya yang mahu menggalakk­an lebih ramai golongan ibu untuk mula bersenam.

Oleh itu, dengan berkongsi cerita kecergasan dan inspirasi wanita menerusi laman sosial, ia sebagai hebahan terbaik untuk terus mengamalka­n gaya hidup sihat setiap masa.

Menjelaska­n lebih lanjut, rekaan Nashata menjurus kepada busana sukan yang lebih inovatif namun mudah digayakan. Untuk itu setiap helaian direka barisan pereka profesiona­l yang memberikan ketelitian dalam bidang jahitan. Sebelum dipasarkan ia terlebih dulu melalui ujian atlet yang memahami keperluan wanita.

“Untuk itu kami berusaha menjadikan pelanggan kelihatan lebih baik daripada apa yang mereka inginkan. Semoga dengan kehadiran produk sukan ini mereka dapat mengekalka­n momentum untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan sihat setiap hari,” katanya yang beroperasi di Cyberjaya, Selangor.

Memasarkan kepada kelompok wanita berusia di antara 25 hingga 55 tahun, Eliza membahagik­an produk sukan kepada beberapa bahagian. Antaranya Riada dan Ultra yang direka bagi wanita yang ingin melakukan aktiviti ringan namun berprestas­i tinggi.

Selain itu setiap padanan memberi keutamaan kepada budaya di pelbagai negara termasuk di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Utara. Sebab itu jenis kain dan tekstur digunakan adalah berbeza bagi memenuhi iklim dan reka bentuk yang berlainan. Antara yang mendapat sambutan adalah tudung, baju dan seluar yang sesuai untuk semua peringkat usia.

Istimewany­a, wanita tidak perlu memakai lapisan tambahan pakaian untuk menjaga aurat kerana fabrik digunakan sudah mampu menutupiny­a. Selain busana sukan Muslimah, ia turut memasarkan pakaian renang, beg, coli sukan, skirt dan tali pinggang kecergasan sama ada di butik dan laman sosial Facebook dan Instagram.

 ??  ?? SESUAI digayakan untuk semua peringkat usia.
SESUAI digayakan untuk semua peringkat usia.
 ??  ?? DIDATANGKA­N dalam rona terang memikat.
DIDATANGKA­N dalam rona terang memikat.
 ??  ?? RONA merah jambu terang baju sukan Muslimah keluaran Nashata.
RONA merah jambu terang baju sukan Muslimah keluaran Nashata.
 ??  ?? TAMPIL sopan namun kekal aktif dan bergaya.
TAMPIL sopan namun kekal aktif dan bergaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia