Harian Metro

Rona terang pilihan mempelai

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Ketengahka­n konsep moden kontempora­ri

diselit ciri klasik dan moden

Melihat helaian busana perkahwina­n ilham

Zeen Bridal, ia tentunya memberikan kelainan kepada raja sehari apabila pereka mengetenga­hkan perincian sarat manik menerusi fabrik mewah dan terang. Jika pada tahun lalu busana sederhana tanpa perincian menjadi pilihan namun bagi pemilik Zeen Bridal, Rohaizan Abdul Hamid dia mempunyai sebab tersendiri masih mengekalka­n rekaan sebegini.

Menurut Rohaizan, setiap mempelai mempunyai cita rasa sendiri. Ada yang ingin tampil sederhana menerusi rekaan yang tidak terlalu menonjol manakala ramai yang inginkan persalinan mewah menggunaka­n rona terang serta sarat manik. Menyedari hal ini sejak membuka butik pengantin, dia sering menerima tempahan daripada mempelai yang inginkan busana terang bagi menonjolka­n keanggunan mereka.

“Selepas berbincang dengan pelanggan dan mengetahui apa yang mereka inginkan, saya terus menghasilk­an lakaran. Kebanyakan mempelai tidak kisah memperagak­an busana daripada rona terang, begitu juga dengan kerlipan manik dan batu permata yang akan menonjolka­n diri mereka ketika bersanding di atas pelamin,” katanya.

Memilih untuk mengetenga­hkan konsep moden kontempora­ri, Rohaizan menyelitka­n ciri klasik dan moden pada gaun labuh. Potongan tradisi seperti kebaya dan peplum disediakan untuk mempelai yang inginkan cita rasa tradisiona­l. Potongan berbentuk bulat dan kembang, gaun berpotonga­n piramid dan gaya puteri pula diketengah­kan untuk mempelai yang ingin kelihatan langsing. Potongan sebegini akan menampakka­n kesan eksklusif apabila digayakan terutama untuk majlis dalam taman.

“Namun ini bukan bermakna kami tidak mengambil tempahan untuk wanita bertubuh besar. Mempelai comel juga boleh mendapatka­n hasil rekaan kami menerusi potongan yang dapat menyembuny­ikan kekurangan tubuh. Biasanya untuk mereka disarankan mengenakan pakaian dua helai seperti kurung moden atau busana pendek dipadankan skirt untuk lebih menyerlah,” katanya yang menggunaka­n fabrik sifon, renda, satin, songket dan net untuk busana persanding­an.

Membuka butik pertama di Kulim Kedah, kemudian berpindah ke Sungai

Petani dan kini di Parit Buntar Perak, Zeen Bridal mempunyai pelanggan dari seluruh Malaysia.

Selain busana, ia turut menyediaka­n perkhidmat­an sewa pelamin, hiasan meja beradab, hiasan bilik tidur, gubahan hantaran, solekan, hiasan kereta pengantin dan gubahan bunga tangan.

“Butik kami ibarat pusat sehenti kerana menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an untuk raja sehari. Pelanggan boleh membuat sewaan busana pada harga RM350 atau tempahan baju baru pada harga RM1,000 ke atas,” katanya.

 ??  ?? Kebanyakan mempelai tidak kisah memperagak­an busana daripada rona terang,
begitu juga dengan kerlipan
manik dan batu permata
yang akan menonjolka­n diri mereka ketika bersanding di atas pelamin BUSANA peplum dipadankan seluar untuk wanita yang...
Kebanyakan mempelai tidak kisah memperagak­an busana daripada rona terang, begitu juga dengan kerlipan manik dan batu permata yang akan menonjolka­n diri mereka ketika bersanding di atas pelamin BUSANA peplum dipadankan seluar untuk wanita yang...
 ??  ?? BUSANA merah hati sarat perincian manik memberikan kesan glamor kepada raja sehari.
BUSANA merah hati sarat perincian manik memberikan kesan glamor kepada raja sehari.
 ??  ?? GAUN kembang bola menjadi gaya terkini mempelai.
GAUN kembang bola menjadi gaya terkini mempelai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia