Harian Metro

KURANG AJAR!

- Faliq Lajim am@hmetro.com.my

 Dua gadis diganggu lelaki gila seks Saya bernasib baik ketika itu sebuah teksi berhenti sebelum dia bergegas memecut motosikaln­ya”

Suraya

Dua wanita berdepan detik mencemaska­n apabila diganggu seorang lelaki gila seks yang menunjuk kemaluanny­a di atas motosikal, petang kelmarin.

Dalam kejadian pertama 5.50 petang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mira, 19, berkata, dia ketika itu sedang menunggu rakannya di perhentian bas berdekatan Masjid Ar-Rayyan, Seksyen 7.

“Ketika itu saya berseorang­an sebelum secara tiba-tiba seorang lelaki memakai topeng penutup mulut menunggang motosikal jenis Yamaha LC memperlaha­nkan kenderaan lalu berhenti di depan saya.

“Dia kemudian memanggil saya dengan panggilan Adik lalu membuka zip dan menunjukka­n serta mengusap kemaluanny­a sebelum saya melarikan diri ke dalam masjid,” katanya di sini semalam.

Dia kemudian meminta bantuan jemaah masjid membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9 kelmarin.

Seorang lagi mangsa turut mengalami kejadian sama dan dipercayai lelaki sama melakukann­ya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Suraya, 21, berkata, ketika kejadian jam 12 tengah hari kelmarin dia menunggu teksi di hentian bas di pusat komersial Seksyen 7 sebelum didekati seorang lelaki menunggang motosikal.

“Ketika itu saya sedang menunggu teksi berseorang­an namun tiba-tiba lelaki itu yang menunggang motosikal berhenti di depan saya lalu membuka zip seluar dan menunjukka­n kemaluanny­a.

“Saya bernasib baik ketika itu sebuah teksi berhenti sebelum dia bergegas memecut motosikaln­ya.

“Saya sempat merakam gambarnya dari belakang ketika dia melarikan diri,” katanya yang tidak membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Beliau berkata, hasil maklumat yang diperoleh pihaknya mendapati lelaki itu menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu dan ia menyukarka­n pihaknya mengesanny­a.

“Kita meminta orang ramai terutama kaum wanita supaya lebih berhati-hati.

“Polis juga sedang giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurka­nnya kepada polis,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR suspek yang sempat dirakam ketika cuba melarikan diri.
GAMBAR suspek yang sempat dirakam ketika cuba melarikan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia