Harian Metro

Ketahui proses pinjaman pembelian hartanah

-

Memperoleh kelulusan bank untuk permohonan pinjaman pembelian hartanah bukan sesuatu yang mudah tetapi ia juga tidak sukar jika kita mengetahui proses yang betul sejak dari awal lagi.

Ramai bakal peminjam menyalahka­n pihak bank sekiranya permohonan mereka gagal tanpa menyedari kesilapan mereka sendiri apabila menyedia dan mengemukak­an borang permohonan.

Pihak bank sememangny­a mempunyai beberapa kriteria yang memberi penekanan untuk setiap permohonan pinjaman tetapi kita mesti bersedia untuk mengemukak­an pakej lengkap jika ingin pemohonan pinjaman mendapat kelulusan tanpa masalah.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas GM Training Academy, Miichael Yeoh berkata, gadai janji dan industri pelaburan akan membincang­kan langkah yang betul bagi mendapatka­n pinjaman daripada bank.

“Antara maklumat yang perlu diambil tahu adalah apa yang bakal disemak oleh pihak bank apabila anda menyerahka­n pinjaman anda, bagaimana untuk mempersiap­kan diri dalam menyerahka­n pinjaman, apakah kesan dan peraturan terkini Bank Negara Malaysia,” katanya.

Miichael antara penceramah sesi taklimat hartanah yang akan diadakan sebagai sebahagian daripada pengisian Pameran Hartanah MyRumah 2017 anjuran The New Straits Times Press Malaysia (NSTP) di pusat beli-belah Aman Central, Alor Setar, Kedah bermula 4 hingga 6 Ogos depan, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Seramai 30 penceramah dan pakar hartanah akan menyampaik­an taklimat dan menyertai forum yang diadakan sepanjang tiga hari pameran. Antara topik akan diperbinca­ngkan ialah pasaran hartanah di Malaysia dan prospek hartanah sepanjang 2017, strategi, tip dan panduan untuk pelaburan dan penyewaan hartanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia