Harian Metro

11 JAM GAMIT DUKA

Pelajar hilang 11 jam ditemui meninggal dunia dihempap tembok pagar rumah

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

> Resah yang mencengkam hati Ayob Ab Karim, 55, mencari kelibat Haikal Hanafi, 17, selama 11 jam terjawab apabila dia membongkar runtuhan tembok pagar di belakang rumah mereka dan menemui jasad anak bongsu itu yang sudah tidak bernyawa, lapor Mohd Sabran Md Sani

Selepas mencari anaknya hampir 11 jam, Ayob Ab Karim, 55, akhirnya terpandang tembok batu di belakang rumah yang seolah-olah ‘hilang’ sebelum menghampir­i untuk mengalih batu-bata yang runtuh dalam kejadian di Jalan Melor 2, Taman Guru, di sini, menjelang tengah malam kelmarin.

Ternyata kecurigaan­nya itu menemukan jasad anaknya Haikal Hanafi yang ditimpa runtuhan tembok berkenaan.

Menurut Ayob, kejadian disedari selepas usaha mencari anak bongsu daripada enam beradik itu yang tidak pulang ke rumah hingga lewat malam gagal.

“Selepas pelbagai ikhtiar, termasuk menghubung­i beberapa rakan arwah menemui jalan buntu, saya tergerak mencarinya di luar rumah bersama isteri.

“Ketika itu saya terpandang tembok berdekatan rumah bagai ‘hilang’ dan cuba menghampir­inya, malah dalam keadaan gelap, saya mengalihka­n batu-bata sebelum menjumpai arwah di- bawa runtuhan tembok itu dalam keadaan sudah tidak bernyawa jam 11 malam,” katanya yang sendiri memanggil ambulans.

Menceritak­an kejadian, kata Ayob, dia bersama isteri Zalina Abidin, 56, yang juga guru Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang dan dua anak pergi beraya ke rumah kenalan di Bukit Lintang.

“Mulanya kami tidak mengesyaki sebarang kejadian tidak diingini ketika pulang pada jam 12 tengah hari dan menyangka arwah pergi ke rumah rakannya.

“Pada jam 2 petang, kami sekeluarga sekali lagi keluar beraya ke rumah rakan di Bandar Dato’ Onn. Apabila pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang, arwah tidak kelihatan,” katanya.

Ketika itu, timbul tanda tanya kalangan keluarga kerana arwah masih tidak pulang ke rumah sebelum menghubung­i beberapa rakannya.

Namun, Ayob berkata, semua panggilan gagal menjejaki arwah sehingga menemui petunjuk tembok yang hilang berhampira­n rumah kami.

“Perasaan kami begitu hiba selepas menemui jasad anak dalam keadaan masih berpakaian sekolah serta dipenuhi darah,” katanya.

Katanya, laporan perubatan mengesahka­n kematian anaknya itu berpunca kecederaan parah di leher dan kepala.

Difahamkan, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar itu dikatakan memanjat tembok pemisah rumah jirannya itu dengan lengkap berpakaian sekolah selepas tiada kunci untuk masuk ke rumahnya.

Tindakan itu dilakukan selepas mendapati keluargany­a sudah keluar.

Haikal dipercayai pulang ke rumah kira-kira jam 10.30 pagi selepas selesai kelas tambahan tetapi tertinggal kunci rumah.

Bagi rakan Haikal, Azrin Suaini, 17, arwah diingati kerana sempat bergurau dengan mengajak beberapa rakan memakai kain kafan ketika majlis Aidilfitri sekolah.

“Masa tu, kami langsung tidak terfikir jenakanya membawa petanda akan kehilangan­nya buat selama-lamanya,” katanya yang menyifatka­n perwatakan arwah sangat ceria dan suka bergurau.

Ketika bergurau, dia berkata, arwah memberitah­u ‘jom la kita pakai kain kafan’.

Menurut Azrin, dia sempat menumpangk­an arwah pulang ke rumah selepas sesi kelas tambahan pelajaran Sejarah berakhir pada jam 10 pagi pada hari kejadian.

“Seperti biasa saya akan menghantar­nya betul-betul di hadapan rumah. Bagaimanap­un, kelmarin dia memberitah­u, keluargany­a tiada di rumah sebelum saya memintanya menunggu di luar rumah saja sehingga keluargany­a pulang,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga arwah pagi semalam.

Dia kemudian terus pulang dengan meninggalk­an arwah di depan rumah.

Kira-kira jam 9 malam, kakak arwah menghantar mesej melalui WhatsApp bertanyaka­n mengenai adiknya itu.

“Pada masa sama beberapa rakan turut cuba menghubung­inya, namun gagal memberi petunjuk di mana arwah berada.

“Kira-kira 12 tengah malam, baru saya menerima berita menyedihka­n daripada kakak arwah memaklumka­n arwah sudah meninggal dunia,” katanya.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam kira-kira 10.30 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superinten­dan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Ketika itu saya terpandang tembok berdekatan rumah bagai ‘hilang’ dan cuba menghampir­inya, malah dalam keadaan gelap, saya mengalihka­n batu-bata sebelum menjumpai arwah dibawa runtuhan tembok itu dalam keadaan sudah tidak bernyawa, jam 11 malam”

Ayob

 ??  ?? PENDUDUK dan rakan Haikal (gambar kanan) melihat tempat kejadian. Ayahtemui pelajar‘hilang’ tidakberny­awa bawahruntu­han
tembokbatu
PENDUDUK dan rakan Haikal (gambar kanan) melihat tempat kejadian. Ayahtemui pelajar‘hilang’ tidakberny­awa bawahruntu­han tembokbatu
 ??  ?? JENAZAH Haikal dibawa keluar dari kediaman keluargany­a. TEMBOK batu-bata yang runtuh menghempap mangsa.
JENAZAH Haikal dibawa keluar dari kediaman keluargany­a. TEMBOK batu-bata yang runtuh menghempap mangsa.
 ??  ?? KELUARGA Haikal sebak melihat jenazah dibawa untuk pengebumia­n.
KELUARGA Haikal sebak melihat jenazah dibawa untuk pengebumia­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia