Harian Metro

Tendangan 10 budak setan

Wanita dalam pantang cedera diserang kumpulan remaja berang buat bising

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Tindakan tidak berperikem­anusiaan apabila sekumpulan remaja termasuk tiga wanita tergamak menendang seorang wanita dalam tempoh berpantang hingga cedera teruk hanya kerana ditegur membuat bising.

Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, mangsa, Siti Noorasyiki­n Athqa Mohammad Haryani, 22, parah selepas ditendang seorang remaja selepas mangsa menegur perbuatan suspek di hadapan rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, di sini, kelmarin.

Menurut ibu kepada tiga anak terbabit, kejadian berlaku apabila sekumpulan remaja membabit- kan tujuh lelaki dan tiga wanita termasuk jiran- nya berkumpul berdekatan lif tingkat 17 di hadapan rumahnya.

Katanya, kumpulan itu membuat bising sehingga mengganggu bayinya berusia sebulan yang nyenyak tidur.

“Sewaktu kejadian suami saya tiada di rumah dan saya tinggal bersama tiga anak perempuan berusia satu bulan hingga empat tahun.

“Mereka membuat bising sehingga menyebabka­n anak saya yang berusia sebulan menangis menyebabka­n saya menegur mereka.

“Bagaimanap­un, suspek wanita yang juga jiran saya memaki-hamun dan melemparka­n kata-kata kesat kepada saya,” katanya ketika di temui di Balai Polis Mutiara Damansara, di sini, semalam.

Noorasyiki­n berkata, kumpulan remaja terbabit turut mencabar dia keluar dari rumah untuk bersemuka dengannya jika tidak berpuas hati.

“Bagaimanap­un apabila keluar dari rumah, saya ditendang

rakan jiran (remaja wanita) di bahagian perut menyebabka­n saya mengalami pendarahan dalaman.

“Kumpulan remaja terbabit cuba melarikan diri, tetapi saya cuba menghalang mereka dengan menahan pintu lif.

“Namun, mereka menolak saya dengan kuat sehingga terkena dinding sebelum tidak sedarkan diri,” katanya.

Jelasnya, jiran berdekatan muncul membantuny­a dengan memaklumka­n kejadian kepada suaminya, Mohd Harry Mohayat, 31, sebelum dia dihantar ke hospital.

“Kejadian menyebabka­n saya cedera di lengan dan mengalami pendarahan dalaman di bahagian perut serta terpaksa menerima rawatan susulan kerana bimbang sekiranya terdapat bengkak atau luka di bahagian peranakan.

“Sebelum bersalin, doktor memaklumka­n saya memang mempunyai masalah di bahagian peranakan dan saya bimbang kejadian ini memberikan kesan lebih buruk kepada peranakan saya,” jelasnya.

Nooratikah berkata, susulan kejadian itu suaminya membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, di sini, jam 9.23 malam, pada hari yang sama.

Katanya, pihaknya turut mendapatka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian daripada pihak pengurusan keselamata­n bangunan terbabit dan ia turut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Sebelum ini, saya dan beberapa jiran berdekatan turut membuat laporan polis (pada tahun lalu) berhubung tindakan individu terbabit yang membawa rakan melepak di kawasan ini kerana mereka kerap membuat bising serta mabuk.

“Laporan itu turut diserahkan kepada pihak pengurusan PPR ini, tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan berhubung laporan itu sehingga menyebabka­n kejadian tidak diingini berlaku.

“Saya berharap pihak pengurusan PPR dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kejadian sama tidak berulang dan polis dapat mengesan suspek terbabit untuk dikenakan tindakan undang-undang setimpal dengan perbuatan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan mengenai kejadian.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan bagi mengenalpa­sti dan mengesan suspek terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

FAKTA Kumpulan remaja membabitka­n tujuh lelaki dan

tiga wanita termasuk jiran

mangsa

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek menendang mangsa.
RAKAMAN CCTV menunjukka­n suspek menendang mangsa.
 ??  ?? SITI Noorasyiki­n Athqa memberi keterangan di Balai Polis
Mutiara Damansara.
SITI Noorasyiki­n Athqa memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia