Harian Metro

Datuk roti canai

-

 Pelakon era 70-an terus legasi bapa berniaga

“Kalau ternampak saya jual roti canai, jangan fikir negatif. Sebenarnya saya merindui aksi menebar roti yang diajar arwah bapa dan memiliki kesempatan berbuat demikian,” kata pelakon era 70-an, Datuk Abdul Amin Mohd Kassim, 62, yang kini menjual roti canai di Taman Indah Sikamat, di sini, sejak dua minggu lalu.

Abdul Amin berkata, dia melakukan aktiviti itu bagi mengisi masa terluang berikutan tiada penggambar­an drama atau filem.

Katanya, selain menambah pendapatan, pelakon drama Opah pada 1980 terbabit mahu mempraktik­kan semula teknik menebar roti diturunkan arwah bapanya, Mohd Kasim Ahmad Shah pada 1986.

“Sudah 30 tahun saya tidak menyediaka­n roti canai. Sekarang saya ada masa terluang dan begitu gembira dengan kerja ini,” katanya.

Menurutnya, sewaktu menguli tepung dan menebar roti, hatinya sebak mengenangk­an bapanya yang

peminat meninggal dunia di Kuala Kurau, Perak pada 1988.

“Sepanjang dua minggu, saya gembira dapat berkhidmat untuk pelanggan, sekali gus melepaskan kerinduan terhadap arwah,” katanya ditemui di gerai yang dikongsi bersama rakannya.

Menurut Abdul Amin, biarpun berstatus Datuk, dia tidak malu dengan pekerjaan itu, malah roti canai disediakan terjual sehingga 250 keping sehari.

“Saya juga membuat roti canai sejuk beku dan sedia menerima tempahan. Gerai dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula jam 6 pagi hingga jam 12 tengah hari,” katanya.

Abdul Amin dikenali sebagai Amin Khan berkata, ramai pelanggan terkejut melihatnya menebar roti canai.

“Lebih manis mereka menegur dan mengambil gambar bersama,” katanya.

Katanya lagi, dia tidak menyangka aktiviti dilakukann­ya viral di laman sosial Facebook (FB) sehinggaka­n peminat dari Klang, Selangor sanggup datang ke gerai mahu membeli roti canai.

 ??  ?? ABDUL Amin menyiapkan roti canai yang ditempah pelanggan.
ABDUL Amin menyiapkan roti canai yang ditempah pelanggan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia