Harian Metro

Fazley duta pelanconga­n halal ke Taiwan

-

TAIPEI: Bekas juara Selebriti Masterchef Malaysia, Datuk Fazley Yaakob, 39, yang juga Duta Pelanconga­n Halal Ke Taiwan, diberi penghormat­an mempromosi­kan masakan halal sempena Pameran Kulinari Taiwan 2017 yang sedang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Taiwan.

Pada acara berkenaan, penyanyi, pelakon, pengacara dan juga pengusaha restoran Suka Sucre itu memanfaatk­an peluang dengan memberikan penerangan menghala topik perbualan

Menurut Fazley, beliau cukup berbangga dan gembira diberikan peluang terbabit dalam pemeran ini dan perlantikk­annya sebagai duta bertujuan menggalakk­an pelanconga­n halal di Taiwan, sekali gus menepis perasaan kurang yakin, was-was atau keraguan pelancong dari luar untuk melawat ke Taiwan.

“Masih ramai yang tidak tahu ibu kota Taiwan, Taipei sebenarnya menyediaka­n banyak kemudahan untuk orang Islam terutama makanan halal, hotel yang menunjukka­n arah kiblat serta penyediaan sejadah dan tandas awam bersesuaia­n kegunaan kita. Tidak hanya itu, puluhan brosur disediakan sebagai panduan mencari restoran atau kafe halal di sana.

“Secara total, Taiwan sebuah negara mesra pelanconga­n halal. Justeru, menjadi tanggungja­wab saya menggalakk­an pelanconga­n di Taiwan bukan sahaja kepada rakyat di Malaysia, tidak ketinggala­n Singapura, Indonesia dan Brunei,” katanya.

Kemunculan beliau sebagai Duta Pelanconga­n Halal Ke Taiwan yang turut dihadiri oleh wakil media cetak, elektronik dan portal dari Malaysia mencuri tumpuan ramai apabila masing-masing memperagak­an pakaian tradisiona­l Malaysia.

 ??  ?? FAZLEY mempromosi­kan masakan halal sempena Pameran Kulinari Taiwan 2017.
FAZLEY mempromosi­kan masakan halal sempena Pameran Kulinari Taiwan 2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia