Harian Metro

Perhebat operasi buru 9 lagi ahli

-

Polis Kedah memperheba­t gerakan memburu sembilan lagi ahli kongsi gelap Geng 04 dari negeri itu yang terbabit dengan pelbagai aktiviti jenayah.

Ketua Polis negeri Datuk Asri Yusoff berkata, tindakan itu susulan penahanan 62 ahli kongsi gelap menerusi Ops Cantas Khas di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, termasuk 17 ahli dan pemimpin kanan Geng 04 serta Geng 35 dari negeri itu, baru-baru ini.

Beliau berkata, seorang daripada 17 yang ditahan itu adalah wanita dan semuanya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA.

Katanya, sembilan suspek berusia 30-an hingga 40-an itu sangat aktif dan dikategori­kan amat berbahaya kerana terbabit dalam pengedaran dadah, ugutan jenayah, samun serta jenayah lain.

“Kami sudah kenal pasti identiti individu terbabit. Lapan daripadany­a berasal dari Kedah dan seorang lagi dari Lembah Klang.

“Polis khususnya di Kedah, akan gerakkan semua unit dan mendapatka­n kerjasama termasuk Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman untuk menjejak individu terbabit yang dilihat semakin agresif,,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Ops

Cantas Khas yang dijalankan termasuk insiden bom petrol dibaling di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda awal pagi kelmarin, dipercayai dilakukan ahli kongsi gelap susulan

operasi khas itu. Johor Bahru: Seramai 13 lelaki yang disyaki terbabit dalam kumpulan kongsi gelap direman 21 hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarka­n Majistret Noor Aisyah Ahmad terhadap 13 suspek berusia 25 hingga 32 tahun selepas membenarka­n permohonan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Tempoh tahanan reman sehingga 12 Ogos itu dibenarkan bagi membolehka­n siasatan lanjut terhadap semua suspek dibuat mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Terdahulu, semua suspek berpakaian lokap berwarna jingga dan ungu itu dibawa ke mahkamah jam 10 pagi diiringi anggota polis berpakaian serba hitam.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Na- jmuddin Mohd berkata, semua suspek itu ditahan susulan dua insiden pergaduhan di kawasan Mount Austin dan Taman Daya, Johor Bahru, pada jam 10.15 malam, 8 Julai lalu.

Beliau berkata, suspek membabitka­n lima ahli Kumpulan Kongsi Gelap 36,

 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi semua suspek ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.
ANGGOTA polis mengiringi semua suspek ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam.
 ??  ?? ASRI
ASRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia